Makan malam di Bagan Lalang Seaview Restaurant

Selesai di majlis persandingan anak Kak Seha, kami gerak slow-slow balik ke Seremban.  Singgah solat Asar dulu kat Morib (walaupun dekat sangat dah dengan kampung ammi, tapi ammi durhaka tak singgah pun rumah pakcik).

Masuk je masjid, terus tukar baju.  Perghhhhhh nikmat betul bila dapat buka baju kurung dan ganti dengan seluar.  Resah gelisah ammi sepanjang perjalanan dari Seremban tu sebab cuaca panas pastu kena pakai baju kurung.  

Lebih kurang jam 6 kami sampai di area Bagan Lalang.


Dengan anak-anak pun ammi paksa tukar baju juga sebab rasa macam rimas betul pakai kurta tu dengan cuaca yang panas lit-lit.  

Dah sampai sini pastu tak tau nak makan kat kedai mana.  Abah macam, kedai ni kita dah makan, kedai tu dah makan.  Kita try kedai lain pulak. Ok...awak cari kedai, saya dengan anak gi jenjalan tepi jeti jap.  Banyak ikan belacak dan anak-anak ketam di tepi air.  Nak turun memang taklah sebab agak berlumpur dan semak kat bawah tu.  Kita tengok jelah dari atas jeti.

Akhirnya, kami bergerak ke Bagan Lalang Seaview Restaurant.  Abah dan ammi naik kereta, anak-anak berlari di belakang sebab Khilfi kata "dah lama abang tak jogging".  Baikkkkk silakan jogging dibelakang kereta.

Mula-mula sampai sini ammi macam, ehhhh ni kedai Melayu ke Cina sebab ammi nampak ramai orang Cina makan kat sini.  Ok, confirm ini kedai orang Melayu.

Abah masih kenyang lagi sebab makan agak banyak di kenduri kahwin tadi, tapi ammi lapar sebab ammi makan sikit.  Ammi bila tak selesa jadi gitulah...makan pun tak lalu.  Ngada-ngada betul perangai.

Kami order 

Kangkung goreng belacan
Sup cendawan
Ketam masak pedas (2 ekor je)
Sotong goreng tepung (3 ekor)
Kerapu stim pedas
Nasi putih 3


Sotong goreng tepung tu sangat sedap dan lulus.  Tak banyak tepung dan bukan macam cekodok.  


Ammi rasa ammi lebih prefer siakap bila distim banding dengan kerapu.  Okkkk maafkan kesilapan saya waktu order.  Tulahhhhh lain kali bila suami cakap sila dengar....

Dannnnnn ammi rasa makanan kat kedai ni lebih sedap kalau dibandingkan dengan kedai satu lagi yang famous di Bagan Lalang.  Sedap dan laju.  Mungkin crowd kedai ni tak seramai kedai itu atau mungkin kami yang terlalu awal untuk dinner.

Harga untuk pesanan kami cuma RM160++ termasuk air.  Ada ikan, sotong, ketam tu kira murahlah tu kan.


Ammi yang paling last selesai makan sebab abah tak larat nak makan dah.  Kalau dulu abahlah "ahli majlis" sekarang ammi pun kena sama-sama take over jawatan tu meratah lauk sampai habis.

Gigih si kecik ni mencari model handphone yang dia nak beli.  Duit ada 400 tapi macam-macam model canggih yang dia nak.  

Post a Comment

16 Comments

  1. Hahahaa... gelak saya baca sotong goreng banyak tepung rupa cekodok!

    ReplyDelete
  2. Macam best pulak ada jeti tu, port bergambar cantik tu. Tak perasan pulak jeti ni kat mana. Dah lama tak ke Bagan Lalang. Ikan siakap masak apa pun sedap. Takpelah, dapat juga rasa ikan lain kan. Kira bolehlah kan makan kat sini sedap dan harga pun masih di paras bajet.

    ReplyDelete
  3. Hahahah samalah kita mkn kenduri mesti mkn sikit. Berbaloi mkn dgn harga mcm tu.

    ReplyDelete
  4. memang susah nak dapat sotong goreng tepung yang sedap.
    Biasanya dapat cekodok sotong aje.

    ReplyDelete
  5. Murahnya 160 siap ada ketam. Sy pun suka kalau sotong tak rasa cekodok.

    ReplyDelete
  6. Dulu akak rajin pi makan kat sini bawak MP dan PZ, first time dapat bonus pun belanja adik beradik makan kat BL..cuma kami makan kat tempat mahal..Yang H.M tu..pernah sekali makan habis RM700, tapi untuk 15 orang makan la

    ReplyDelete
  7. Sayangkan suami kenalah sama² jadi ahli majlis hihi ..
    Sotong goreng tepung gini barulah SGT kan... Yg versi cekodok tu sotongnya secoet je

    ReplyDelete
  8. kedai favourite kami ni kak, lagi sedap kalau makan bersama dengan nasi lemak. kalau akak perasan, org cina kt situ mostly mmg makan seafood dgn nasi lemak.

    ReplyDelete
  9. betul ammi, selalu makan sotong goreng tepung tapi tepung punyalah tebal, mujur kekdg tu sedap

    ReplyDelete
  10. RM160++ cam tu kira nt bad la.... review sedap pulak tu

    ReplyDelete
  11. Saya percaya ini sedap, sebab kakak tulis banyak orang China makan. 😄. Biasa kalau ramai mereka, memang enak artinya 🤭.

    Memang tak selesa kalo nak makan santai tapi pakai baju resmi. Saya pun biasanya better tukar dulu biar nyaman nak makan 😄

    ReplyDelete
  12. tengok harga tu agak murah juga sebabnya lauk pauk seafood ni jarang murah. mahal selalu ya hahaha

    ReplyDelete
  13. linda dah pernah terkena sotong goreng tepung macam cekodok.. hahaha...failed betul

    ReplyDelete
  14. murah tu ammi, tengok banyak seafood dan fresh lak tu kan. PUas hati la tu

    ReplyDelete
  15. kira murah la based pada variety seafood yang ada.. bukan selalu dapat value yang mcm ni.. ^^

    ReplyDelete
  16. Kalau sedap, memang berbaloi dengan harganya. Tak pernah sampai lagi Bagan Lalang.

    ReplyDelete