Untuk kali ke-2 kami ke sini lagi atas permintaan adik beradik yang tak dapat pergi 3 tahun lepas. Kali ini macam biasa, masih tak cukup quorum keluarga sebab masing-masing adalah hal masing-masing. Yang kerja, yang di asrama, yang isteri dalam pantang, yang isteri sarat pregnant.
Ahad (10/8/2025) seawal 6.45 pagi kita dah mula turun ke tempat makan di Serai Cottage. Makanan yang disediakan biasa-biasa je.
Ruang makan di Serai Cottage.
Hiasan yang ada ditepi tangga. Comel je tapi kurang dijaga sebab berhabuk teruk.
Layanlah Along dan Balong. Kita semua rahsiakan kat Along yang malam nanti kita akan tidur atas air. Along beriya ingat malam nanti dia boleh suruh boat tu hantar dia ke darat. Ahaksss...shhhhh.
Dari Kuala Berang ke Jeti Pengkalan Gawi, Kenyir ni ambil masa lebih kurang 40 minit.
Sampai je di jeti tengok boat pertama dah ada. Tengok balik list nama...ohhh ini boat kitorang. Sama juga macam dulu kita sewa 2 boat sebab bukan boleh sumbat semua dalam 1 bot. Takut terlebih muatan.
Gambar boat kami. Ammi ambil dari Google je. Ammi rasa kalini ammi kurang sangat ambil gambar. Mungkin sebab semangat tu takde sangat kot.
Setiap bot ada lebih kurang 8 bilik di tingkat atas.
Kalini kita sewa boat daripada Suria Permata dan RF House Boat. Pengendali berbeza.
Kami cuma bertiga. Kalau tidak tu cuma Abah & Alip je yang pergi sebab ammi kena kerja hari Isnin 11/8. Tapi tup-tup mahkamah tangguhkan kes hari Isnin maka yeayyyy dapatlah ammi join sekali. Itu pun tanya dulu kat adik ipar boleh lagi ke masukkan nama sebab last minitkan.
Kyra memang tak dapat cuti sebab tengah trial SPM. Khilfi pun sama, ini bukan minggu pulang bermalam.
Boat 1 dah load barang. Kita dah masuk bilik ikut senarai masing-masing, boat 2 masih belum sampai. Hmmmm. Makanya, duduklah mereka bersidai disitu. Mujur cuaca tak panas pagi tu. Mendung elokkk je.
Bahan memasak semua kita masukkan kat Boat 1 sebab memang chefnya ada di boat kami. So, boat korang lambat...kita jalanlah dulu.
Ammi dan mama Dadek (yang ammi panggil adik). Kami mak anak 3.
Ini juga kawan kelas ammi masa darjah 1 sampai darjah 3. Kecik betul dunia...tup tup dia jadi adik ipar ammi dan anak-anak kami memang rapat sebab dari kecik kalau anak adik tak duduk rumah ammi, anak ammi yang akan terjah rumah dia.
Kalini datang kita berdua datang tanpa ahli keluarga yang complete. Adik tanpa suami dan anak bongsu (si dadek) sebab ada pertandingan menari di Bandung dan ammi datang tanpa anak sulung dan no. 2.
Orang no. 1 dalam boat yang tukar baju mandi, pakai life jacket. Boleh bayangkan kalau ada dadek masa ni, mesti dorang berdua paling havoc.
Boat bergerak je, ammi terus ke dapur. Kita tolonglah kakak ipar siapkan juadah lunch. Sebelum datang Umi, adik ipar yang handle family day dah bagi list untuk dibawa. Tiap keluarga ada bahan yang perlu dibawa. Family ammi dapat tugasan bawa air mineral untuk masak dan minum. Jadi berkarton-karton air kami beli.
Apa yang disediakan di dalam boat?
- TV (Astro)
- Karaoke set (penting ni)
- Speedboat
- Kayak
- Life jackets
- Peti ais
- Peralatan memasak (periuk, pisau, blender semua ada).
- Peralatan BBQ (arang bawa sendiri)
Menu Hari Pertama
Lunch
Asam Rebus Ikan Cencaru (plan asal asam pedas, tapi ada yang terlupa bawa asam jawa)
Masak lemak kobis bersama udang
Ikan Cencaru Goreng
Ayam Goreng
Minum Petang
Sambung ratah lauk lunch
Keropok lekor
Kopi
Malam
Sambung ratah lauk lunch
BBQ (ada yang bawa ayam, ada yang bawa kambing, sausage segala mak neneklah)
Mihun goreng
Chef... yang tolong settlekan. Kakchik dah tak larat nak gaul mihun yang banyak jadi kita panggil abang-abang lengan tough datang tolong.
Yang baju hitam (abang pada dadek) tu pun sama macam Kyra nak SPM. Awalnya tak dapat join tapi tiba-tiba cikgu batalkan semua kelas tambahan jadi bolehlah dia ikut serta. Kasi canlah orang kata.
"Ammi, ammi masa doakan Kyra doakan untuk abang sekali tau. Abang dah rasa nervous dah ni," katanya. Ehhhh mestilah...awak ni membesar sama-sama dengan Kyra. Kyra dengan Adli ni kadang-kadang macam lupa dorang dah remaja, dah tak boleh bersentuhan. Memang masih akrab macam masa kecik.
Menu Hari Kedua
Plan sebenar Umi, nak buat nasi lemak je dan goreng mi sikit. So kita makan yang sama dari sarapan ke makan tengahari. Tapi tup-tup menu bertukar. Ammi setuju sebenarnya sebab buat apa nak berpenat-penat di dapur. Tapi lain jadinya.
Sarapan
Mi goreng
Gorenglah apa lain yang berbaki (sausage, nugget, bebola memacam)
Lunch
Baki Asam Rebus Ikan Cencaru
Sambal Ikan bilis
Sambal telur hancur
Ikan goreng (hasil memancing Balong dari awal sampai semalamnya).
Banyak weiiii ikannya. Bila kita campak makanan berebut-rebut ikan tu makan.
Baki Asam Rebus Ikan Cencaru
Sambal Ikan bilis
Sambal telur hancur
Ikan goreng (hasil memancing Balong dari awal sampai semalamnya).
Aktiviti di House Boat
Air Terjun - Masa on the way ke tempat kitorang nak parking tu, boat ada stop di air terjun apa ntah. Tapi ammi tak kuasa nak turun. Dulu nak pernah pergi kalini malas nak berkecah. Kita stay je kat dapur memasak.
Taman Herba - Ada juga stop by di Taman Herba. Ammi tak nak turun juga. Mood kurang sampai. Kat sini boleh minum air yang dah disediakan. Boleh beli bawa balik.
Berkayak, memancing, berenang puas-puas, memasak, main board games, bergurau, berborak, makan, makan, makan.
Berkaraoke - Selesai masak, marilah lepak dalam bilik karaoke yang ada aircond. Masukkan list lagu yang nak kita nyanyi pastu tunggu turn sambil membaca buku Postcript yang baru sampai.
"Tadi masa kat kerusi depan, kita ye-ye ingat ammi tengah baca Quran, kita pun tak kacau ammi. Rupanya ammi baca novel", kata Alya anak buah yang berkayak di bawah ni.
Alya dan Aimi. Mereka sebaya. Tahun lepas mereka bertungkus lumus belajar untuk SPM. Bulan 9 nanti insyaallah 2-2 akan mendaftar di UiTM Pasir Gudang. Boleh tak dapat tempat sama? Mujur sorang apply Civil Engineering sorang apply Electrical Engineering
Untuk yang tak tahu, boat memang bergerak berasingan tapi bila sampai di destinasi boat akan dicantumkan jadi bolehlah kita gerak masuk boat sebelah dan sebaliknya. Tapi kena balancelah...setiap boat maximum capacity 25 orang. Ada polis marin yang meronda, akan dibuat inspection secara terkejut. Kalau lebih muatan pengendali dan kita pun boleh didenda.
Boat kami ada ruang makan di dapur. Lagi shantekkkkk. Lagi payah nak ke depan
Mohlah bergambar lepas boat berpisah sebelum gerak balik. Sebelum balik pun kita ada singgah di 1 lagi stesen air terjun. Kat sini ammi mandilah kejap.
Ada 3 orang cucu (baby) kalini. Tapi 2 baby girl jenis tak mesra alam. Baru nak dokong dah melalak. Pandang je muka selain mak ayah dah lalak. Adoiiiii camna ni. Yang boy jugak yang best. Dia layan je sapa dokong dia pun.
Kami dah sampai semula ke Jeti lebih kurang jam 3 petang hari Isnin. Ammi sebenarnya tak ada idean nak up post pasal boat house ni. Macam caca marba je.
Begitulah percutian kami di atas boat tanpa line telefon atau internet. Masa nilah kita dapat tengok suasana manusia bercakap dengan manusia sepenuhnya. Rasa puas hati betul bila boleh bercakap dengan anak-anak buah sebab kalau tidak tu mata dorang mesti ke handphone sepanjang masa.
Just untuk record ammi for future inilah yang terlibat dalam percutian boat house kali ke-2 (9.8.2025 - 11.8.2025)
Along : Along, Balong
Kak Angah: Bangah, KakNgah, Along Zakarsyi sekeluarga (Nadia, Ahmad dan Imani) , Anja & Zuhayr, Zufri & Mawar
Kak Lang : Abg As, Kak Lang, Adry, Adel dan Ipan (kawan Adel)
Kak Chik : Abg Zul, KakChik, Emy & Alya
Aman : Abah, Ammi, Alip
Siti : Siti, Nurul, Akim, Medina, Nina, Yana, Rara, Ayim, Meor.
Wan : Wan, Ros, Nuha & Alisya
Adik : Adik, Aimi, Adli (Aiman - kawan Aimi)
Ada juga kawan Umi (Kak Mai & Hanifah) dan kawan KakLang 4 orang.
Yang tak pergi Banchik, Nora & Apis sekeluarga.
Harga boat biasanya dalam RM2,000 (kalau kita cuma ambil penginapan dan bot). Kalau kita ambil dengan tukang masak sekali jadi RM4,000++. Tapi harga sebenar ammi pun taktau sebab kami hanya bayar penginapan di Serai Cottage je. Boat ditaja sepenuhnya oleh Umi & KakLang.
Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik buat ipar-iparku yang baik hati ni.
7 Comments
Tak pernah bercuti atas house boat. Teringin jugak.
ReplyDeleteYelah, nampak macam naskhah al-Quran yang Ammi pegang tu 😀
Bestnyaaa..x pernah lagi bercuti macam ni atas boat...menarik betul ni..
ReplyDeleteSatu pengalaman yang menarik. Belum di rezekikan untuk merasai pengalaman ini.
ReplyDeleteramai kak ana tengok dah berminat dengan bercuti dalam house boat , nampak menarik sangat. Belum rezeki kak ana lagi nampak, mudah-mudahan ada kesempatan suatu hari nanti, aamiin
ReplyDeletemesti rasa berbuai kan time tido.. ^^
ReplyDeleteSeronok bercuti2 mcm ni...
ReplyDeleteada tgk juga org share kenyir boat...husband ada pegi dgn cousin geng2 laki mancing kt kenyir ada la juga die sebut psl ni tp tkde smp lg..meriah ramai tu..rezeki ada yg blanja
ReplyDelete