Lama dah tak briskwalk. Setakat jalan harian pergi dan balik kerja.
Rasanya sejak 2 bulan lepas pun tepi ibu jari kaki kanan ammi ada ketuat. Benda tu dah lama disitu tapi baru-baru ni macam sakit bila berjalan. So, kadang-kadang ammi akan adjust sikit cara berjalan supaya tak rasa sakit masa memijak tu. Ada juga apply ubat yang dibeli difarmasi.
Bila dah adjust cara jalan ehhhh sakit tepi tumit pulak jadinya. Macam-macamlah. Berat badan pun semakin naik. Sekarang ammi di zon 62kg dah. Muka pun jadi berjerawat teruk. Macam baru fasa remaja pulak rasanya. Aishhh.
Khilfi ada dirumah since 15.8.2025. Jadi hari Sabtu (16.8.2025) tu dia tanya, "Ammi nak walking tak?"
Jomlah...tapi sampai di tasik tetiba dia cakap "ammi walking sorang boleh? abang main bola dengan abah". Eeeeeee... gilah.
Dapat 3.4km pun jadilah. Memang itu je maximum ammi boleh buat. Belasah je jalan walaupun sakit juga jari ni bila menapak.
Balik dari walking ammi kena ke padang bola diseberang jalan..sambil tu kita lajak masuk Seremban Prima mall depan ni jap beli kopi sambil sejukkan badan duduk kat aircond. Kopi kalau beli biasanya ammi ambil cafe latte. Pahit-pahit manja. Dulu ambil juga spanish latte, tapi bila ada yang kongsi cara penyediaan spanish latte...terus macam okkkk i stick with cafe latte. Spanish latte ada susu pekat tu.
Hari Sabtu lepas (23/8/2025) sekali lagi ammi walking. Walking seminggu sekali memang tipislah harapan nak turun berat tapi kita buat jelah daripada tak ada langsung.
Macam selalu, ammi beli kopi lagi buat hilang dahaga. Gedik betul.
Ammi baca komen Fanny, katanya dia minum protein shake dan mukanya berjerawat teruk. Apakah jerawat kat muka ammi ni sebab protein shake? Takat ni ammi dah tukar 3 jenama protein shake. Rasanya jerawat naik banyak masa jenama ke 3 ni tapi ammi pun tak sure sebab tak monitor.
Kalini ammi dapat jalan dan lari-lari anak dalam 3.9km. Kalini ammi tak masuk mall dari pintu belakang (sebab nak mengelat rasa aircond). Ammi masuk dari depan terus je ke Zus di depan pintu. Pastu terus ke padang bola.
Jauh lagi perjalanan #roadto55 ammi. Semoga ammi terus sihat.
7 Comments
Pahit2 tu sedapkan...
ReplyDeleteSudahnya sorang-sorang je lah Ammi brisk walk. Padahal dia yang semangat dok tanya. Seminggu sekali briskwalk agak tipis harapan kita tapi tak apalah, kita buat je lah dari tak buat lansung kan. Tetaplah ek beli kopi. Spanish latte memang tak leh masuk kadang. Ada susu pekat spoil sikit. Hazelnut latte juga jadi pilihan saya.
ReplyDeleteSudahnya sorang-sorang je lah Ammi brisk walk. Padahal dia yang semangat dok tanya. Seminggu sekali briskwalk agak tipis harapan kita tapi tak apalah, kita buat je lah dari tak buat lansung kan. Tetaplah ek beli kopi. Spanish latte memang tak leh masuk kadang. Ada susu pekat spoil sikit. Hazelnut latte juga jadi pilihan saya.
ReplyDeleteLicik anak bujang tu ya... okla tu ammi jauh jugak jalannya tu...
ReplyDeleterajin ammi. akak ni dah makin susah nak buat cam ni. lutu semakin sakit.
ReplyDeleteChaiyok chaiyok
ReplyDeleteSalute dekat mereka yang brisk walk. Tahniah Ammi tetap brisk walk walaupun yang mengajak brisk walk meninggalkan Ammi ye😅Protein shake ni adakah menggantikan nasi ke macam mana
ReplyDelete