Chess itu minatnya

Alhamdulillah ini medal chess ke-2 Alip.

Awal bulan 7 haritu dekat dalam group chess yang ammi join ada iklan Chess Puzzle Challenge.  Ammi join group untuk Alip, bukan untuk ammi.  Ammi ni belum pernah menang lagi setakat ni kalau main chess.  Ahaks. Peserta yang join perlu jawab 325 puzzle (tak kiralah menang atau kalah) di Lichess.org dan kemudian submit bukti.  Dia kata dia nak try maka jomlah ammi bayar.

Puzzle ni maksudnya gamelah.  Dia kena berlawan dengan opponent.

Ammi tak submit pun bukti sebab ammi tak jumpa macam mana nak tau total puzzle yang Alip dah buat.  Infact sampai harini ammi taktau macam mana nak tengok.  Dan Alip pun kata dia tak sempat pun nak siapkan 325 puzzle tu.  


Iklannya


Tau-tau ehhh ada parcel sampai atas nama dia.  Penganjur boleh detect kot berapa jumlah puzzle yang peserta dah selesaikan.  Dapatlah medal Finisher.  Jadilah dari tak ada.

Chess set ni bukan hadiah dari penganjur.  Ini dari maknya.  Bagi yang kayu harga RM39 je sudah.  Ada hati minta maknya belikan yang kaca.  Huhuhu.

Inilah juga board yang dia usung naik atas house boat.


Muka abang Adel gitu bukan sebab sakit ke, panas ke, tapi sakit hati tengok PakNgah slowly kena "titik" dengan Alip.  "Macam mana ni, mantan Pegawai Memerintah ke-19 RAMD hilang strategi bila berdepan dengan budak 11 tahun", guraunya.


Round 1 PakNgah kalah.  PakNgah tak puas hati, dia on 2nd round...tapi tetap kalah.  Dan 2 orang abang di depan Adel & Ipan kata "kitorang berazam untuk kalahkan Alip lepas ni"

Alip ni belumlah terror mana pun, cuma dia ada effort untuk belajar strategi.  Kalau ko move yang ini, dia perlu jalan yang mana.  Itu yang PakNgah dengan confident jalankan Queen tetiba Alip checkmate King dari semua arah.  Lepas tu baru dia bagi tips kat PakNgah.  Hahahha...


Inilah kerja dia setiap hari.  Lepas mandi kadang-kadang ingatkan terus berbaju.  Ehhhh takkkkk ini kat hall, ada masa dalam bilik berspender je tau-tau dia main chess sorang-sorang.


Post a Comment

5 Comments

  1. nice la Alip.. ada rezeki nanti Alip sparring dengan acik ye.. acik pun dah lama xde geng nak main chess sekali ni.. berabuk sudah skillnya.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh acik Airene...nanti acik download apps chess ye

      Delete
  2. Dia suka chess..bagus, mengasah minda chess nie

    ReplyDelete
  3. seriusla pokcik ari tu adalah cuba lawan kanak-kanak, baru gerak empat lima tapak memang sah dah kalah pokcik.. pokcik tak pandai

    ReplyDelete