Al-Maheera

Lama dah tak masuk Mydin sebab ammi rasa beli barang di Econsave lebih murah dari di Mydin.  Kenapa perlu bayar lebih kalau yang murah itu ada.  Ahaks.  Tapi adakala kena juga pergi sebab kat sini je ammi nampak jenama di bawah ni.



Sejak dah tak membeli jenama keluaran Nestle untuk rumah, jadi kenalah cari solusi lain.  Setakat ni ammi jumpa jenama ni kat Mydin je dan rasa kopinya sama macam jenama popular itu.  Ke korang pernah nampak jenama MyRasa ni kat tempat lain?

Dah alang-alang masuk Mydin takkan nak beli 2 ni je, kita tolaklah juga cari benda lain yang harganya reasonable.  Nampak beras ni diletak di bukan bahagian beras.  Lawa pulak gabungan warna ada warna gold ni.  Memanggil-manggil untuk kita tengok.  First time nampak jenama ni.  Al-Maheera.

Alamak macam-macamlah pulak jenis beras basmathinya.  Ada yang parboiled, aged rice, scented rice...macam-macam.  Lain warna lain perihalnya.  Harga cuma RM29 je untuk 5kg.  Murah bangettt.


Marilah try beli 1.  Sekarang ni ammi pun lupa ammi pilih yang mana.  Antara yang royal blue dan purple tu.  Tak ingatlah pulak.  

Ammi selalu akan check harga beras basmathi jenama yang biasa ammi beli di apps Hargapedia.  Kalau harganya murah melampau dari biasa, kami akan ke situ dan belilah few packs buat backup.  


Dan inilah kejadian nasi hasil dari beras Al-Maheera (entah packaging mana satu) yang tegak berdiri.  Sukatan air kalau masak basmathi biasanya ammi memang lebihkan dari sukatan yang dicadangkan.  Ammi guna 2 cawan beras (yang dicadangkan 1 beras:1.5 cawan air).  Jadi ammi akan guna 4 1/4 cawan air.  Ammi tak suka nasi yang berderai sangat.

Ammi memang masak nasi sukat air guna cawan.  Janganlah suruh sukat pakai jari memang tak ghoti den do.  Nasi boleh tahan panjang.  Ada satu nasi tu ammi jumpa dalam sink, memula ammi ingat ulat (panjang lebih kurang 2.3cm), bila tengok bebetul eh itu nasi.

Post a Comment

11 Comments

  1. Unik pula kan kejadian nasi tu..di cari..atau jika ada di Keningau nak beli cuba kan.Terbaik

    ReplyDelete
  2. Cantik kejadian nasi masak guna beras basmathi.
    Boleh try cari lain kali pi Mydin, jenama kopi tu. Betul, tak pernah nampak di mana-mana. Brand Myrasa.

    ReplyDelete
  3. Panjangnya nasi sampai ukiran 2.3 cm.

    ReplyDelete
  4. Econsave tak pernah masuk, selalu ke Mydin je atau Family Store. Pernah nampak jenama MyRasa tu kat Mydin. Tak lama lagi Econsave Sikamat nak buka, lagi dekat Ammi nak shopping. Suka beras basmathi panjang dan berderai. Saya pulak tak pandai sangat guna cup, guna jari. Terbalik pulak kita ni. hihi...

    ReplyDelete
  5. saje sembang dengan mak ros pasal nasi tegak berdiri ni.. katanya normal nasi beras basmathi kalau dah masak.. kitonyo tak biasa masak beras basmathi.. mana la nak tau.. hehehehe..

    ReplyDelete
  6. murah jugak utk harga 5kg tu, saya pun 1st time dengar nama beras ni.
    jarang masak beras basmath, mmng lepas masak dia berdiri macam tu ke

    ReplyDelete
  7. kat rumah MZ ni, papa n boys semua tak suka sgt kalau masak nasi guna beras basmathi, so MZ setia beli beras wangi ajer (lembik kalau terlebih air)

    ReplyDelete
  8. Saya suka basmati, tp memang tak pernah beli utk masak di rumah. Kalo teringin, pergi ke restoran arab lah jadinya 😅.

    Eh penasaran pula rasa minuman coklat di atas. Saya puns sejak tak minum Cadbury , belum ketemu lagi minuman coklat yg sama sedap. Nanti nak carilah saat di KL

    ReplyDelete
  9. Samo la kita masak nasi sukat cawan. Kalau suh sukat jari jadi bubur la gamaknya 😆. Murah la tu 5kg rm29. Boleh la cari kot ada kat pasaraya lain.

    ReplyDelete
  10. Cantik pulak kejadiannya nasi tu..leh la cari nanti..termasuk dalam Mykasih nyer senarai x?

    ReplyDelete