Salam hari Jumaat kengkawan.
Pagi tadi lepas sahur mementanglah tak kerjakan kita santai-santai baring tarik selimut lepas Alip gi sekolah. Gatal pulak tangan type "Bisik Asmara" pastu ko tengok marathon guna pace x2. Ko dengarlah dorang cakap macam kartun.
Pastu marilah buka laptop office sebab nak checklah apa yang patut dan gatal buka blog pulak. Sekali tengok...ehhhh apsal rocketing pulak ammi punya PV semalam dan harini.
Harini takat pukul 10.30 pagi dah ada 3k++ views. Ehhhh sesuatu sangat. Ini bukan norm blog sendu saya. Biasanya, paling banyak pun view sehari adalah dalam 1.8-1.9k je. Yelah, kita blog sendu yang follower blog pun ada 189 orang je.
See, bulan lepas sebab posting pun takde jadi total PV cuma 56k je. Bulan ni belum pun tengah bulan dah segitu jumlahnya. I tetiba rasa macam jadi rusa masuk kampung.
Tu ha dari negara itu. Kenapa ni? Saya ada buat apa-apa content yang boleh trigger "jentera bot" mereka kah? Jangan macam-macam eh.
AI Overview cakap
An increase in blog page views typically results from a combination of improved search engine rankings, enhanced content quality, and effective promotion strategies.
Tapi ini bukan keadaannya kot. Content ammi biasa-biasa je. Content mak-mak yang suka bebel. Masuklah tapi korang yang masuk berkoyan-koyan ni jangan huru-harakan blog ammi ye. Dulu blog lama ammi penah kena "buang" tanpa berita sampai ammi kena buat semula blog baru ni.
Dahlah...rasa macam nak buat rendanglah pulak. Pastu simpan dalam freezer. Next week risau je tetiba raya awal pastu saya terkial-kial kerja lagi hari Khamis tu.

.png)


1 Comments
saya pun rasa PV lain skit lately ni.. makin naik pulak.
ReplyDeleteanggap jela rezeki sementara. nanti kembali balik jadi sendu huhu