Khamis lepas (12.3.2026), Alip dan kawan-kawan (mandai-mandai je dorang ni) arrange sesama dorang untuk berbuka puasa diluar dengan ex-cikgu praktikal yang paling dorang sayang masa darjah 5 dulu. Satu-satunya cikgu yang setakat ni masa hari terakhirnya anak-anak menangis beriya. Cemanalah baiknya ntahlah cikgu Adani ni.
Memula tu macam ragu-ragu juga dan ammi siap personal WhatsApp cikgu tanya dan bila cikgu tu confirmkan ok...proceed. Plannya abah dropkan Alip di Palm Mall dengan kakak pastu Alip gatherlah ngan kawan-kawan. Nanti ammi sampai Seremban ammi terus ke Palm Mall dan teman kakak pulak. Tapi lain pulak jadinya. Abah pulak tak boleh nak tinggalkan "kami" yang comel sangat ni. Ahaks.
Sebabnya kami taktau pun depan pintu masuk Palm Mall adalah gerai Ramadan comel ni untuk berbuka. Jadi crowd pun tak ramai, kita buka kat sini jelah. Ammi pun memula tu macam jam...ehhh apalah nak makan kat situ.
Aida Aris ada buka kedai jual minuman.
Berbuka apa yang ada jelah sebab macam tak tau pulak nak makan apa. Dari segi air, biasalah air-air jenis potong kaki yang ada. Jadi Kyra jelah beli. Untuk abah dan ammi kitorang share je air latte Zus satu cup pastu kita minum air mineral. Lega.
Mango Smoothie. Sedap tapi manis nauuuu.
Amiklah seketul dua gambar dengan artis zaman-zaman ammi membesar. Confident je amik gambar walaupun muka setepek bedak pun takde si Sharmila tu. Ammi pun taktau budak kecik ni anak dia ke apa sebab memang melekat je budak ni ngan dia.
Settle yang wajib, sementara nak bagi Alip meronda-ronda ngan cikgu dan kawan-kawannya, ammi dan kakak pun merondalah masuk butik Panda Eyes ni. Taklah sebesar yang di KL tapit tetaplah terbeli sesuatu. Ammi memang dah banyak baju brand ni sebab murah nau untuk pakai basahan. Satu set atas ke bawah kadang-kadang RM29 je pun dan sangat selesa. Macam baju coklat yang ammi pakai kat atas ni lah. Sebab dia murah jadi macam-macam warna ammi ada. Tapi semuanya beli online je.
.png)
Eh nak keluar sempat lagi dia belek itu ini. Dah...ammi bebuat tak nampak je.
Lebih kurang pukul 9 lebih marilah kita balik nak. Ammi ni dah mengantuk dan panas sebenarnya.
Ada satu insiden kat dalam mall tu. Ada satu booth yang jual ubat apa ntah (ni berlaku sebelum ammi sampai). Kyra jalan dengan Alip, pastu tetiba ada sorang perempuan ini calit sesuatu di tangan Kyra dan tarik tangan dia ke booth. Pastu ayat dia, "ini anak ke?"... dan Kyra kata "eh taklah, ini adik saya". Pastu ayat seller tu..."oh ingatkan anak sebab nampak kulit awak macam tua dan tak sihat". Awak kena cuba produk ni blablabla. Kyra dengar tu dia macam anginlah tapi being Kyra dia mana reti nak marah sangat. Dia senyum je. Eh masa dia cerita tu ammi pulak yang panas. Ko nak niaga, bahasa tu kena betul dik. Cakap biar berlapik.
Lepas kami makan tu ammi lalu juga kat kedai dia tapi dia takde pun nak tarik tangan ammi. Mesti dalam hati dia macam "ehhh acik ni macam susah nak makan je". Ahakss.
Tajuk post ni "Khalif berbuka di Palm Mall"...tapi sekeping gambar dia pun ammi tak letak. Nah ammi belanjalah satu.
Terima kasih Cikgu Adani sebab melayan bekas-bekas anak murid ni. 5 orang pun jadilah. Paling kecik rupanya anak bongsu ammi ni. hahahha.
0 Comments