Minggu lepas ammi last kerja hari Rabu. Tapi ammi memang stay kat office sampai hampir 5.30pm sebab ammi target siapkan apa yang patut. Boss bagi off hari Selasa (semalam) jadi agak lamalah juga ammi tak kerja nanti. Ammi kat office ni bukan ada relief staff ke apa. Kita lah hadap semua.
Jalan balik kurang jam tapi tetaplah sampai lepas waktu berbuka sebab naik bus pun dah pukul 6.30pm.
Sampai je rumah, solat lelaju pastu masa keluar bilik air baru nampak ada sebesar-besar hamper kat side table. Sampai ke harini hamper tu masih gitu jelah keadaannya. Malas pulak nak buka sebab gobok dah penuh dengan kuih-kuih dan kerepek raya.
Hari Khamis ammi plan nak masak simple je untuk berbuka sebab masak beriya karang lecehlah kalau esoknya raya. Ammi rasa semua rumah tengah suspen bila raya termasuklah rumah ammi. Yang paling tak sabar si Alip sebab dia dah penat puasa katanya.
Buatlah mi goreng basah. Nampak macam tak pedas tapi pedas gak cili mesin yang ammi letak tu walaupun masa ammi rebus cili tu ammi campur cili gemuk dan cili pedas ratio 5:1. Tapi tetaplah pedas juga. Belasah jelah. Beli wings pastu kita kerat-kerat dia dan goreng. Selesai.
Sambil berbuka sambil ammi masak sambal bilis. Kalau kata raya, ammi nak rendam pulut sebab anak-anak request itu je. Memang kali ni ammi tak plan nak masak beriya sebab lepas makan pagi raya tu kita nak gerak ke rumah makcik pastu terus je shoot ke Melaka.
Sekali...atuk Danial kata tak rayalah pulak. Sahur esok makanlah sambal bilis, goreng telur mata.
Hari terakhir plannya nak berbuka di luar tapi kita tukar plan sebab risau banyak kedai tak buka. Jadi ammi masak jelah habiskan apa yang ada kat dalam fridge tu. Makan sikit-sikit dulu, lepas maghrib karang baru kita keluar.
Balance mi semalam dijadikan mi sup pedas sikit, balance nasi sahur kita jadikan nasi goreng, goreng nugget. Dah selesai.
Bawak jelah kuali naik atas meja. Kalaulah ada arwah mama, confirm dah kena jeling dah ammi ni. Pantang betul Mama kalau layan suami gini. Buatkan air suami kalau takde alas cawan pun dia marah tapi ayat melawan ammi dulu "mama Muslimah, saya tak muslimah, saya Sharmila".
Lepas maghrib mohlah kita keluar cuci mata sebab ammi takde nak bersilat apa pun kat dapur tu.
Ammi siap-siap bawak jam tangan ammi sebab tau kalau ke sini mesti ada Abang Man ni. Ammi bawa jam ammi ke 3 kedai jam (kedai tau yang dalam bangunan cun-cun ada aircond) minta nak tukar battery tapi dorang kata tak boleh buka jam ammi. Katanya buka boleh tapi bila nak pasang balik takut kaca depan pecah. Ehhhh..
Bawak kat Abg Man cakap "Bang, La nak tukar battery jam ni boleh ke?". Ayat balasnya "Apsal tak boleh pulak?". So, janganlah judge, kedai gah dalam bangunan belum tentu mampu bagi servis 5 bintang kat customer dorang.
Abang Man ni kenalan lama keluarga kami, dari dia bujang kesana kemari naik basikal racing sampailah anak 5 dan dah bercucu.
Dah siap pasang battery, soalan dia "berapa kali jatuh dah jam ko ni Shila?, tunggu jap bagi abang betulkan dalam ni dulu".
Masa abang Man mula-mula buat servis baiki jam ni dia niaga tepi jalan dengan satu meja je. Meja size meja budak sekolah tu. Meja tu arwah aca yang buatkan tapi completelah dengan kaca yang boleh dibuka kiri dan kanan, dengan small compartment untuk segala skru, besi bagai. Bila teringat balik, creative betul arwah ayah saya. Dari sebuah meja kayu sekarang dah bermeja-meja dah tapi masih tak nak menyewa premis sebab dia lebih suka jadi tukang jam bergerak.
Begitulah malam raya kami. Kita santai-santai je.
.png)

.png)
.png)
.png)
.png)


1 Comments
amboiiiii kemainnn ye sis ammi melawan ckp ye kalo arwah mak tegur nampak bwk kuali atas meja tu ehehe
ReplyDelete