Townhall Superisme 2327 kali ke-4

Hari Sabtu bersamaan 4 Ramadan seawal jam 9 pagi kami dah gerak ke MelakaSarana Superisme dan guru-guru buat sesi Townhall untuk batch mereka.

Apa itu town hall?

Town hall kalau untuk sekolah ni macam satu sesi perjumpaan yang tidak rasmi antara guru penyelaras, ketua Sarana, ibu ayah, dan anak-anak untuk berkongsi maklumat terkini, perkongsian guru penyelaras tentang prestasi menyeluruh anak-anak untuk tahun lepas, target tahun ini, apa agenda dan program yang mereka rancang untuk batch sepanjang tahun,  keperluan dari segi kewangan untuk menjayakan agenda yang dirancang, dari pihak Sarana pulak kita boleh tahu mana perginya duit yang kita bayar.  

Ha gitu.



Masa menengah rendah Khilfi di Kelas Beta.  Kalau ikut Beta kelas ke-2lah kan.  Tapi sejak dari tingkatan 2, pencapaian Beta selalu melebihi Alpha.  Tahniah anak-anak Beta.  

Tahuni ni untuk menengah atas, kelas telah dirombak.  Khilfi bersama 30 lain yang terbaik masa di tingkatan 3, ditempatkan di kelas Alpha.  Semoga terus cemerlang.


Ehhh abah dengan ammi je tau pakai baju batch.  Tak acilah parents Superisme lain.  Apsal ek korang taknak pakai baju batch kita?  Nak kena korang ni.


Tak ramai pun yang hadir.  Masing-masing masih nak santai bersama keluarga kot.



Sesi bacaan ikrar.  Ohhhh i am touched.  Biasalah ammi..benda camni pun nak sebek.  


Masa ucapan Bonda Pengetua, Bonda kata Bonda hadiahkan 5 markah tambahan AddMaths untuk anak-anak yang hadir ke sesi Townhall tapi dengan syarat, markah minimum untuk ujian Diagnostik tapi boleh kurang dari 5 markah.  


Ammi dan mak-mak Temenggung.  3 orang je mak temenggung yang hadir.  Its okay, kami wakilkan tapi sorrylah ekkkk tak dapat nak wakilkan untuk anak dapat extra 5 marks for addmaths tu ahaksss.


Selesai Townhall teruslah hantar je budak ni balik asrama.  Kalau bukan bulan Ramadan boleh gak kita gi isi perut tapi pergilah naik dan tidur ke apa yang patut.  Yang ammi bulatkan tu jam baru dia.  Dia beriya nak pakai jam besi.  Ehemmmm dah bujang sangatlah tu kononnya nak pakai jam besi.  Ada jam besi abah di rumah tapi ammi takut nak bagi dia pakai kat asrama.  Ammi belikan jelah jam dari Tiktok.  Kalau hilang pun takdelah ralat sangat.

Sekarang ni dia dah Tingkatan 4, masa townhall cikgu penyelaras maklumkan yang dorang dah tak dapat balik setiap Jumaat kalau ada pulang pilihan.  Sebab setiap Sabtu cikgu dah plan program akademik untuk anak-anak Superisme.  

Takpelah, semoga mereka bersedia dari awal untuk SPM tahun depan.

Post a Comment

0 Comments