Yang ditunggu dah sampai. Ini antara persediaan kedua ammi sebelum anak bujang ammi berangkat ke luar negara bulan Jun nanti. Yang first passport. Masa dia cuti seminggu haritu abah dah settlekan bab passport dia.
Tak pergi jauh pun, cuma ke negara seberang tapi aishhhh sedangkan dia balik naik bus dari Melaka ke Negeri Sembilan yang kurang daripada 70km tu pun ammi dah risau, inikan pulak ke negara orang. Pergi secara berkumpulan dengan cikgu pengiring dan rakan-rakan tapi kita sediakanlah apa yang patut untuk anak kita.
Ammi memang ada akaun Wise, jadi ammi cuma apply card je. Itu pun gigih suruh boss ammi tolong buatkan. Ammi perlu top up je duit dalam tu dan kalau dia nak guna dia touch jelah kad tu. Jadi tak perlulah convert cash banyak-banyak untuk dia.
Kad dah sampai tapi ammi belum sempat nak activate lagi. Nantilah bila free ammi buat. Sekarang ni setiap hari memang nampaklah ATM machine masa on the way pergi dan balik kerja, tapi nak menyinggah tu memang taklah. Ammi lagi sibuk kejar MRT ngan bus je.
Awal-awal haritu team dia bagi cadangan buat projek yang melibatkan
teknologi hijau. Tapi cadangan dorang ditolak. Cadangan baru lebih ke arah teknologi maklumat & komunikasi. Hmmm apa-apa jelah janji projek jalan.
Next, sekarang ni abah & ammi tengah carikan dia laptop pulak sebab projek dia melibatkan
coding. Ammi cari
refurbished laptop je. Taknak carikan yang baru. Bukan kedekut tapi risau jahanam je. Yelah dia nak buat kerja di asrama, pastu nak usung gi memana ntah. Sekarang ni dia guna laptop kawan dia, tapi laptop kawan dia tu pun macam dah lagging sikit.
Jadi takpelah, ammi & abah keluarkanlah modal tambahan sikit, lagipun nanti kalau kakak dapat masuk U memang kenalah juga beli additional laptopkan. Boss dah tanyakan kat kawan dia yang ada IT background tentang requirement dan setakat ni ammi dah jumpalah. Harga pun bolehlah. Takdelah mencekik macam laptop baru.
Nanti ammi share pasal refurbished laptop tu ye...just in case kalau korang pun nak cari yang mur-mur tapi still workable juga.
0 Comments