Ke bazar kali ke-2

Jumaat lepas ammi bekerja dari rumah.  Mujur juga sebab hari sebelumnya pukul 8.30 baru sampai di Terminal bus.  

Alip pun tak sekolah juga pagi Jumaat tu sebab sekolah beri cuti peristiwa.  Aisehmannnn, macam mana ammi nak makan ni.  Dahlah pagi masa sahur tu pun ammi malas nak bangun.  Ammi kejutkan abah je pastu pandai-pandailah abah dan anak daranya uruskan masalah sahur.  Gitulah bila sekali-sekala Allah bagi cuti.  Masa dorang gi solat Jumaat, berdesup ammi buat mi segera.

Dorang balik je dari solat Jumaat, kita pun bersiaplah.  Abah ajak gi top up barang rumah dan barang dapur.  Selesai di Econsave eh lajaklah pulak ke Bazar Ramadan di Stadium Paroi.  Kitorang sampai situ lepas waktu Asar jadi macam belum crowdedlah lagi.  Kalau lewat sikit (time lepas orang balik kerja tu) mungkin jenuh jugaklah nak cari parking.

Beli alakadar je sebab abah nak makan mihun sup katanya untuk berbuka.


Masuk je situ, gerai pertama kami jumpa eh gerai abang saudara ammi rupanya.  Dia jual nasi ayam kunyit.  Si bongsu kata dia nak nasi goreng kunyit.  Dia mana boleh nampak lauk ni atau ayam penyet/ayam gepuk.  Terus berkobar-kobar.  Ni dia yang tonggengkan bekas tu dalam pinggan sendiri.  Habis berterabur.

Jalan ke depan sikit, tetiba dengar orang panggil "Pak Ngah oh Pak Ngah".  Bila toleh, eh gerai anak buah pulak.  Baru tau dia ni niaga kat sini sempena Ramadan.


Belilah juga sekeping sebagai sokongan.  RM5 sekeping.


Beli ayam percik ni.  Seketul RM5 je.  Masa nak bayar tu ammi nampak "lelaki" itu bergelang emas.  Dalam hati macam alahaiii, apsallah gi beli kat kedai dia.  Bukan memilih korang tapi hmmmm.  Sekali dia cakap "ayam satu tu kecik, akak tambah satu batang lagi tapi bayar untuk 2 je".  Ohhhhhh akak rupanya.  Tapi seriusssss muka, gaya, size dia memang abang-abang sangat.

Sampai rumah, ammi baringlah kejap.  Sakit pulak perut ni.  


Pukul 6.30 masuk dapur buatlah mihun sup daging campur fish ball.  Daging tu dah lama ammi rebus dan hiris.  Jadi tak perlulah nak tunggu lama.

Masa berbuka tu Alip cakap 

Alip:  Ammi tak boleh berpuasa sebab haid ke? (Alamak bahasa buku dia bagi)
Ammi:  Aah
Alip:  Ammi tak makan ke?  Alip tak nampak pun.
Ammi:  Tak makanlah sebab Alipkan puasa. (Padahal ammi dah selamat makan mi segera).
Alip:  Alip dah darjah 6, ammi boleh je makan.  Alip tak kisah pun.  Lagi pun Alip tak pergi pun kat dapur.

Alololo...kadang-kadang ammi pun lupa anak bongsu ammi ni dah besar.  Walaupun dia still lagi ada masa masih datang tidur menyelit kat abah ammi.  Dulu kalau dia menyelit memang dia selit je kat tetengah.  Sekarang dah pandai, dia menempel kat tepi abah.  Siap bawak selimut sendiri pulak tu dari bilik dia.

Post a Comment

0 Comments