Iftar hari ke2 dan ke3

Iftar hari pertama kami makan di rumah orang.

Hari seterusnya marilah makan dirumah sendiri.  Sebab ammi off hari Jumaat tu makan ammilah yang masak dengan Kyra.


Masak yang simple-simple je untuk iftar hari ke2 (20/2/2026) sebab hmmmm sebab saya mana reti nak masak yang hebat-hebat.

Ammi buat ayam masak lomak, ayam mayonis bakar dalam air fryer je, siew pak choy goreng dan murtabak maggi.  Kebetulan haritu ada rebus daging jadi ammi chop je daging tu bagi hancur-hancur sikit pastu tumislah bahan lain untuk jadi inti telur murtabak tu.


Kyra ada juga buat filling untuk popia.  Dia buat chicken and mushroom with herb & cheese filling.  Itu je paste yang tinggal kat rumah.  Kita buat je popia tu pastu frozenkan.  


Ini pula menu hari ke-3 iftar (21/2/2026).  Menunya, daging ikut suka, sambal udang petai, soft tofu soup dan bean sprout goreng.

Buat daging tumis ikut suka (konon nak buat daging belengas tapi eh buat jelah ikut suka sebab sos pun takde kat rumah).  Buat juga sup soft tofu sebab tofu tu dah berzaman duduk dalam fridge.  Risau juga kot expired ke kan tapi dia kata boleh digunakan sampai 06/2026 kira masih eloklah tu.

Pastu perangat je baki kuah masak lomak semalam tu.


Haaa, hari kedua kita gorenglah popia yang Kyra buat semalam tu.  Potong juga buah-buah apa yang ada dalam fridge.

Itu je sebenarnya gambar iftar dirumah yang ada.  Sampai hari ke 3 je sebab hari lain ammi sampai rumah dah lepas waktu maghrib.  Melampau betul trafik sekarang ni.  Kalau bukan bulan puasa sebelum jam 7 ammi boleh sampai.  Setakat minggu lepas, hanya hari Khamis je ammi sempat sampai Seremban sebelum azan, tapi tetap berbuka atas motor je.  Ishhhh geram tau.

Itulah dugaan berpuasakan.  Tapi takpelah, kalau tak makan on the spot masa azan tu pun kita ni bukanlah kategori takde makanan dan kebuluran macam saudara kita di Palestin sana kan.

Post a Comment

0 Comments