Pengalaman tak best di Masjid Selat Melaka

Syawal ke-2 kami beraya di tengah bandar Melaka (eh tiba-tiba cerita syawal ke2.  Gambar syawal pertama pun tak ada lagi ni).  

Sebenarnya planning adik-beradik abah agak lari tahun ni.  Plan asal raya pertama ke situ sini, situ sini sudahnya yang plan tak sampai, kita yang tukang follow plan pulak sampai dulu.  Jadinya dorang yang tak sampai di raya pertama teruskanlah tujuan di raya ke2.  Kami ni melenconglah ke bandar Melaka sementara nak berjumpa semula lepas asar nanti.

Lepas habis aktiviti di Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan, kita carilah tempat untuk solat.  Tup tup nampaklah signage Masjid Selat Melaka.  Dari jauh kitorang ni macam wahhhh lawanya masjid ni.  Duduk terapung atas air.  Teruja betul dak Alip dan Kyra.  Khilfi?  Tiada perasaan.


(Gambar ihsan Google)


Lawakan?  Lawaaaaa.  Katanya lebih lawa kalau datang waktu Maghrib.

Tapi bila jejak je kaki dalam masjid terus ada perasaan tak best sebab terlalu ramai pelancong.  


Ini laluan ke tempat wudhu' wanita.  Kena lalu tepi-tepi pelancong.  Pastu lepas daripada arch kat depan tu ehhh ada pulak pelancong yang siap buka baju basah-basahkan badan.  Ini betul-betul berhampiran dengan pintu masuk ke tempat wudhu' wanita.  Kiranya kalau buka pintu (dan lelaki-lelaki ni pandang ke arah pintu confirm boleh nampak orang perempuan yang ada kat dalam).


Ini ruang solat wanita.  Sangat terbuka.  Ada bilik persalinan dikiri dan kanan ruang tapi weiiiii macam dalam oven.  Dahlah ko memang duduk atas laut, pastu sebijik kipas pun takde dalam bilik persalinan tu.  Pintu sliding bilik persalinan pun tak ada (dah pecah).  Astaghfirullahhalazimmm.  Memang istighfar sentiasa konon nak bagi tak rasa geram dan marah.


Ini ruang solat wanita.  Nampak penghadangnya cuma sekerat tu jelah.  Tapi pintu belah belakang terbuka luas.  Dan yang bestnya, baru je bentang sejadah nak solat berdesup 2-3 ketul pelancong lelaki masuk dari ruang solat lelaki ke ruang solat wanita sebab nak keluar ikut pintu belakang ni.  Adoiiiiyai.

Satu lagi masalahnya adalah, ko buat masjid atas laut.  Fine.  Cantik.  Ada kipas besar fine, menarik.  Tapi kenapa semua kipas tak function?  Kipas kat tiang yang ammi bulatkan tu je yang berfungsi.  Lagi satu ditiang sebelah sinilah.  Boleh bayangkan tak menitik-nitik peluh masa solat?

So, memang taubatlah ammi takkan solat lagi kat masjid ni sebab tak women friendly langsung.  Sebelum keluar tu ammi cakap kat abah dan abah pun complainlah kat security guard yang ada kat situ.  Dah kenapa kan lelaki suka-suka je lalu lalang kat tempat solat wanita.  

Dahlah ammi terpaksa jalan ke kereta berkaki ayam sebab selipar buruk ammi pun kena rembat.  Bapak an panehhhhh wei tapak kaki kita.  

Sekianlah pengalaman saya yang tak best.  Ammi pun tak tau masjid ni dibawah siapa.  Silalah cakna masalah ni.  Upahlah lebih ramai pengawal supaya dorang cukup "mata dan tenaga" untuk nak pantau pelancong yang ramai.  Takat dua orang pengawal mana nak larat dorang ni nak menegur atau nak pantau nak-nak pelancong yang sejenis tak paham bahasa ni.

Post a Comment

0 Comments