Kalau kat TikTok ammi selalu je FYP video Dr. Mani yang suggest pengambilan celtic salt. Dah masukkan dalam cart tapi berapa zaman ntah tak checkout.
Pastu nampak juga few doctors yang juga recommend pengambilan celtic salt. Boss ammi pun masa dia buat 72 hours fasting dia minum air sea salt dan black coffee je. Aishhh ramai nau yang mempengaruhi seketul Sharmila ni nampaknya. So, kita cuba jelah. Mana tau membantu.
Antara kebaikan celtic salt yang ammi ambil je dari AI Overview ialah:
Hidrasi Maksimum & Elektrolit: Membantu air diserap ke dalam sel badan dengan lebih cekap, sesuai untuk mengurangkan rasa haus dan mengimbangi elektrolit (natrium, potassium, magnesium).
Kesihatan Pencernaan: Membantu penghasilan asid hidroklorik yang sihat dalam perut untuk penghadaman yang lebih baik.
Kesihatan Saraf & Otot: Magnesium dan mineral surih di dalamnya membantu fungsi saraf dan otot yang lebih baik.
Tekanan Darah & Jantung: Kandungan natrium yang lebih rendah daripada garam biasa menjadikannya pilihan yang baik untuk kesihatan jantung.
Pengurangan Lendir/Kahak: Diamalkan secara sederhana, ia boleh membantu mengurangkan mukus di tekak dan paru-paru.
Tingkatkan Zat Makanan: Menambah rasa pada makanan sambil meningkatkan penyerapan nutrien.
Cara Penggunaan:
Secara Asli: Ambil secubit kecil dan kemam di hujung lidah sebelum minum air suam untuk hidrasi terbaik.
Masakan: Gunakan sebagai pengganti garam biasa dalam masakan harian.
Had Pengambilan: Digalakkan mengambil kurang daripada 1 sudu teh sehari.
Harga dia dalam RM13 gitu. Tak jadi beli di TT ammi beli je di Jaya Grocer masa kebetulan ammi gi urut tapak kaki di Seremban Prima last week.
Semoga membantulah di bulan Ramadan ni walaupun dah selepas 15 hari berpuasa, berat tak kurang walaupun 100gram. Ehhhh liat betul ek ko ni lemak?



2 Comments
bln puasa dh setengah bulan...kita timbang br turun 0.95
ReplyDeletehari tu masa demam turun 2kg...lepas tu macam static x berubah..68kg lagi....nyampah...garam ni bagus ye...ok la nanti cari kat JG
ReplyDelete