Kyra bagi cadangan dia nak cat pintu rumah. Dia kata macam tak best je kalau pintu tu warna coklat. Ammi pernahlah plan nak tukar pintu sebab pintu-pintu ni macam semua dah senget. Tapi mengenangkan bajet untuk satu pintu tu agak keras jadi kita tangguh jelah dulu. Yelah bukan boleh tukar pintu je, kena tukar frame pintu tu sekali. Kawasan rumah ammi ni dibangunkan back in the 80s. Memang konsep rumah old school la.
Tapi ammi rasa owner lama mesti dah tukar ke pintu jenis yang camni sebab pintu asal rumah-rumah disini lain.
Ammi beli je cat dari Shopee. Kita try test tengok apa hasilnya.
Mula-mula ammi beli cat jenama lain tapi bila sampai habis pecah bekasnya dalam plastik courier tu pastu masa ammi nak buka plastik tu memang ammi buat video dan ammi mintaklah refund semula. Pastu ada hati dia suruh ammi pulang balik cat yang dah tumpah tu. Ehhh koooo, dah jadi satu hal pulak aku nak kena keluarkan duit cari packaging lain nak pulangkan kat ko. Ko nak refund atau nak aku bagi rating rendah?
Pastu ammi cari cat lain dan jumpalah cat ini. Yang ini packaging dia masa penghantaran cun. Dalam kotak. Dan kotak dia pun warna lawa. Memang ini warna rasmi syarikat ni kot. Warna hijau turquoise camni. Ehhh ni hijau turquoise ke? Ke hijau Petronas hahahah.
.png)
Setiap set dapat sekali dengan kit ni. Ada roller, brush, sand paper, tape, yang dalam plastik hijau tu apa ntah. Lupa pulak ammi nak tanya "contractor" ammi ni. Bulan Ramadan ni contractor tu macam bangun tidur ikut suka. Cat 20 minit pastu dia menarilah, nak menyanyilah. Ehhhh tulah masalah ambik Gen Z bekerja. Ahakss.
Selepas coat yang pertama. Ammi macam eh kenapa letak cat dalam pinggan ni? Apsal tak mintak abah belikan paint tray tu ke apa. Katanya cat ni pekat tak cair dan tak tumpah pun.
Lepas coat yang ke-2. Nampak yang ammi bulatkan tu. Menyenget dah pintunya. Bila dah cat putih camni alamak nampak pulak banyak lubang-lubang diantara sambungan kayu tu. Camna nak buat tu? Frame tepi tu Kyra kata dia nak cat pakai warna hitam. Hmmmm kena beli lain lah ni?
Bilik anak bujang. Rasanya ammi macam kena cat balik dinding rumah ni juga sebab macam dah kepam je putihnya.
Pastu ammi menyampahnya lahai dengan tiles tepi tu. Itu belum lagi tiles yang owner lama buat dia tengah-tengah hall. Sebab tu ammi kena cover pakai carpet kalau tak kelakar betul coraknya.
Ammi pun tak faham macam mana ammi boleh "terbeli" rumah ni dulu. Mungkin sebab datang dengan arwah mama pastu arwah mama suka dan harganya pun murah kot dan memang tujuan beli rumah ni dulu pun untuk bagi arwah mama duduk. Ammi tak plan langsung nak pindah balik dan menetap kat sini. Plannya nak beli rumah lain untuk kami. Tapi itulah, kita rancang lain tapi Allah ada rancangan lain untuk kami. Allah singkatkan usia mama kami.
Semoga adalah rezeki kami nak renovate rumah ni manja-manja.
.png)
.png)
.png)
.png)


6 Comments
warna putih is nice sbb universal gitu :) moga2 termakbul impian ammi utk reno rumah tu..aamiin
ReplyDeleterajinnya Qyra
ReplyDeleteRajinnya 'contractor Ammi tu....yang kat rumah ni kalau bab cat je dia suruh upah orang...dia x yakin nak buat sendiri...hahahahah...
ReplyDeleteIngat dapat dh tengok warna hijau tu.....rajin betul anak dara tu ye ammi
ReplyDeletelain mcm semangat rajin si kakak kyra tu hehehe
ReplyDeleteRajin Kyra 👍🏻
ReplyDeleteMudah-mudahan ada rezeki Ammi nak reno rumah. Doakan kita juga, nak reno dapur 🤗