Sabtu minggu lepas kami dapat jemputan daripada contractor Abah untuk berbuka puasa di Bangi. Kiranya kalau abah dapat job yang perlukan khidmat dia abah memang akan sub kat dia je sebab dia ada equipment yang sesuai. Yang bestnya masa abah accept jemputan tu contractor tu kata "kita buat kat tempat macam tahun lepas". Abah pun confidentlah ke Bangi Resort Hotel. Masa register nama tu aikkkk apsal takde nama. Hahhaha rupanya dia buat kat Tenera Bangi. Mujur dalam kawasan jajahan yang sama.
Masa kami sampai tu jam pukul 6.40pm rasanya. Ya Allah, manusia dia punyalah ramai kat Grand Ballroom tu. Memang penuh dan padat. Nak jalan pun rasa macam tengah berada kat Jalan TAR waktu hampir-hampir nak raya. Hahahha...sapa yang dulu suka shopping raya kat Jalan TAR taulah camna berlaga punggung, bahu, perut semua kat situ. Last ammi gigih harung lautan manusia kat situ sebelum ada Kyra. Dapat je Kyra memang tak kuasa dah nak usung anak ke tempat gitu. Karang bukan anak yang cranky tapi emaknya yang tantrum.
Jadi ammi cakap kat anak-anak ambil air pastu ambil dulu makanan di booth yang tak ramai orang. Lepas orang dah berbuka nanti mesti dah tenang-tenang. Meja kami pulak memang di depan dewan, jadi terasalah jauh nak meredah meja-meja, manusia-manusia.
Penuh sepadatnya manusia dalam ballroom ni.
Ammi snap gambar makanan ni lepas kami
solat Isyak. Lepas solat maghrib tengok jam ehhhh lagi 10 minit je nak Isyak, kita solat Isyak jelah terus Kyra. Senang balik nanti, mandi-mandi bobom je terus. Itu sebab ammi ni kurang suka berbuka di luar. Nak solat pun kena beratur, nak buka tudung, lap mekap bagai (mekaplah jugakkan walaupun takat calit bedak dan lipstik je).
Masa ammi ambil lauk berbuka tu, ammi ke booth yang buat
pecal sebab kat situ tak ramai orang. I
orang jawa uollls. Nampak je pecal terus auto ngences. Kita ambil apa sayur yang kita nak nanti petugas kat situ akan buatkan kuah pecalnya dan gaulkan untuk kita on the spot.
Dari tangga menuju ke surau di tingkat 2. Dah tenang dah masa ni. Masa awal kami sampai tu semua bahagian penuh especially yang bahagian
nasi padang. Orang kita kalau tak dapat nasi memang boleh meroyan dan pengsan. Tapi none of us makan nasi. Ehhhh jap rasanya abah ada ambil nasi, tapi
nasi beriani kambing sikit. Sekarang ni abah pun dah tak boleh nak makan banyak sangat. Kategori kalau bawak gi buffet masuk dalam kategori merugikan jelah. Ahakss.
Dah lepas solat si anak dara ni terus naked je mukanya. Tak kuasa dah nak dia nak pakai apa-apa.
Punyalah jauh berjalan, satu mangkuk kecik je dia bawak. Ammi kalau sekali keluar dalam satu pinggan tu ammi longgokkan je semua pastu sebelah tangan pegang air. Sebab jauh weiiii nak jalan.
Ada juga persembahan daripada
Idayu AF tu. Suara dia memang sedaplah kan tapi ammi dapat dengar dia nyanyi 2 lagu je sebab nak rushing gi solat. Dah pukul 8.10 tapi ko tak maghrib lagi. Apo???
Missing another bin Kamarulzaman. Bin Kamarulzaman yang bongsu ni gitu je dia makan green apple. Takde pun muka berkerut masam ke apa. Ehhh kuat makan masamlah budak kurus ni. Kadang-kadang kat rumah, selamba dia je kemam lemon.
Masa sessi photography abah dan kengkawan, ammi bagi phone ammi kat Alip suruh dia ambik gambar. Sekali ehhh gambar maknya yang "kidnap" kopi pun masuk juga.
Kyra kata "ammi dah overdose coffee dah harini".
Yang belanja kami tu lelaki yang berbaju coklat disebelah budak lelaki baju maroon tu. Dia owner company yang buat banyak projek-projek videography semualah. Pernah jadi abang ipar kepada penyanyi tersohor tanahair.
Semoga Allah tambahkan rezeki kamu, keluarga kamu, syarikat kamu.
6 Comments
syok tu dpt berbuka puasa kt hotel...mcm2 menu ada sure rambang mata nk pilih tu
ReplyDeleteAlhamdulillah..terselit juga rezeki untuk isteri dan anak- anak kan.....
ReplyDeletebestnya berbuka di hotel
ReplyDeleteNasib baiklah Bangi Resort Hotel dengan Tenera tu tak jauh sangat kan....seronok Ammi berbuka di sini. Ada pula penyanyi AF.
ReplyDeleteBest dpt iftar kat luar.cuma kena bersesak laaaa...hari ni kami plan bukak puasa kat luar jugak ni..kat restoran..hrp2 smooth la
ReplyDeleteBest dpt iftar kat luar.cuma kena bersesak laaaa...hari ni kami plan bukak puasa kat luar jugak ni..kat restoran..hrp2 smooth la
ReplyDelete