Hari Sabtu kami ke Nilai lagi. Ammi baca di Facebook ada jualan gudang untuk barang-barang keperluan camping yang dibuat di Laman Khadijah, Nilai Impian. Ini gudang Siti Khadijah rupanya. Ada buat sale produk-produk Siti Khadijah juga tapi ammi tak beli pun.
Panas bukan main lagi.
Masuk dalam ni ada perkakasan untuk perkhemahan tapi tak sampai 10 minit ammi dah keluar. Sesak pulak rasanya nafas duduk dalam tempat sempit pastu padat2 dengan barang dan manusia. Kita beli kat shopee jelah nanti.
Dah alang-alang ke Nilai, kita ke Taka jelah terus. Memang dari haritu abah berhajat nak pasang roofbox. Anak dah besar-besar. Kyra je kadang-kadang dia sorang satu luggage. Pastu kitorang pulak macam dah berjinak-jinak dengan camping, macam lagilah diperlukan box ni.
Pilih yang terpaling murah je. Capacity 450 litre. Harga dalam RM865 gitu belum termasuk bracket (kaki). Kaki pun kita ambil yang biasa-biasa je. Masa memula salesperson tu tunjuk kaki yang murah dan mahal ammi macam (eh buruknya kaki yg murah tu)...tapi budak tu kata ... nampak tak lawa sebab dorang pakai kereta kecik kak. Kereta akak lebar nanti elok je jadinya.
Jadi jumlah keseluruhan box dan kaki adalah RM1,145.00 (kalau kaki yang lawa sikit tu dekat 450 juga harganya.
Tak pulak ammi ambil contoh kaki murah dan kaki mahal.
Tada...dalam masa 30 minit selesai dipasang. Lepas ni dah tak perlu berhimpit masa pergi berkhemah lagi.
Bulan 1 nanti pun nak jemput Kyra dan Khilfi dari asrama. Mudah-mudahan muatlah semua barang asrama anak-anak. Tak sabar nak tunggu Johor bercuti sama hari dengan negeri lain. Mudah sikit nak rancang perjalanan kami. Kalau tak tu, Sabtu Kyra balik Segamat, Ahad nak hantar Khilfi pulak di Melaka. Jenuh weiiii.
Balik, terus je kukuskan jagung untuk budak terpaling minat jagung tu. Setiap hari tanya "bila ammi nak masak janggung". "Kalau ammi penat, boleh tak ammi ajar alip masak janggung"... ehhhh.
Kukus, pastu by the time kita selesai solat Asar, jagung pun bolehlah dimakan.
Mujur ada assistant. Boleh minta dia tolong gaul mesra bahan-bahan. Ammi letak garam sikit, marjerin dan sedikit susu pekat manis. Pastu marilah kita melepak di depan porch makan sambil tengok anak-anak main basikal.
Ammi guna jagung apa? Setakat ni ammi suka guna yang ini. Pernah beli brand kawan ke apa ntah. Kecik je packagingnya tapi harga mahal nau. Yang ini 1kg baru RM6.50
Tak sabar nak pergi camping bulan depan. Ni tengah rancang dalam kepala otak, apa lauk yang nak dimasak nanti masa camping. Planning kena ada supaya tak jam otak nanti.
8 Comments
senang dh pasang roofbox tu ye...mcm2 bole ltk nanti...slamat bercamping...buat sdiri menu jagung tu...puas makan
ReplyDeletewahhh best tu planning2 nak gi camping!
ReplyDeletewah da set kete lawa mesti semangat nk g camping lepas ni
ReplyDeleterajennya bercamping...
ReplyDeleteowh, dekat Nilai tu kat mana TAKA tu amie, nanti share lah...husband pun tengah riki2 nak pasang jugak tu...stres pulak kete takde bonet nie.. hahaha
dia sebut janggung?
ReplyDeletebetul ke?
hehehe
Kita selalu membayangkan macam mana org nak manjat & susun barang dalam roofbox tu. Sebab bentuk dia leper, barang apa yg muat. Luggage muat ke?
ReplyDeleteDulu saya pakai juga roofbox itu. Pas mudik ke Solo enak, jadi tak menumpuk barang di mobil. Tapi saat tu roofbox nya tak terlalu sesuai dengan mobil saya. Karena penjepitnya terpaksa kena pasang di celah pintu.
ReplyDeleteEfek jelek nya, pas pula hujan, air JD masuk ke dalam Krn ada celah. Tapi kalo tak hujan, fine saja. Akhirnya selesai mudik, lepas lagi 😄
Aiiih, JD pengen buat jagung susu nih. Kalo sini sebutnya Jasuke. Jagung susu keju 😄. Sukaa memang saya
Nasib baik bezza x leh letak roofbox tu..kalau ada..daku nak tiruuuu...hahahaha...sedap plak nampak jagung tu,tp tengah ngidam jagung tongkol
ReplyDelete