Chess Championship di Hotel Royale Chulan

Hari Sabtu lepas ammi daftarkan Alip untuk satu chess tournament.  Ada banyak acara untuk Children's Day tu dan bila ammi tunjuk senarai dia nak chess.  Ok....kita bayar untuk chess.

Ini chess tournament ke-2 untuk Alip.  So ammi ni ingatkan samalah macam yang 1st tu.  By 12.30pm dah selesai.  Mujur ammi ada standby travel telekung sebab plan asal lepas chess ammi nak ke mall sebelah ni dengan Alip.


Pendaftaran pukul 8 - 9 pagi.  Tapi 8 pagi baru hegeh-hegeh nak keluar rumah pastu cari sarapan.  Tapi sempatlah.  By 8.40am gitu kami sampai di Hotel Royale Chulan yang kalau ikut jarak cuma less than 7km pun dari rumah.  Abah drop kami dan balik ke rumah sebab nak hantar kereta ke bengkel, pastu abah ada aktiviti lain dengan Khilfi di KL.


Satu untuk kenangan.


Sampai ke pukul 6 uollls rupa-rupanya.


Bergambarlah dulu.   Lepas bergambar ni ada sorang budak perempuan melayu datang.  

Girl:  Awak dah ada pasangan ke? (ammi ingat dia ngorat anak ammi hahahha)
Alip:  geleng kepala
Girl:  Saya main dengan awaklah.
Alip:  Ok.

Dan mereka pun practicelah dan ammi berdiri di tepi.  Tapi ammi perati budak perempuan ni tak pandai main chess sebenarnya.  Dia move ikut suka je.  Bila tanya katanya dia pernah main banyak kali.  Bila tanya dia datang dengan sapa, katanya "datang dengan mak tapi mak dah balik".  Wahhhhh seriouslah ko biar anak ko terkontang-kanting sorang-sorang gini.

Masa game nak bermula dia datang duduk kat meja Alip padahal dalam list, opponent alip budak lelaki India.  Rupanya dia taktau concept 7 round ni.  7 round akan bermain dengan 7 opponent berbeza.  Dan bukan player yang tentukan warna hitam or putih.  Ammi bawa dia ke senarai nama tu tolong checkkan nama dia pastu siap cakap "duduk kat belah hitam".  Kesianlah dia.  Masa second round pun gitu.  Dan kemudian dia dah tau macam mana nak check nama lepas keluar result setiap round.




Habis round ke-2 ada orang nak aiskrim.  Silalah beli dan beratur untuk bayar.  Sangat slow cashier (cashier hotel) ni sebab lepas setiap satu transaksi dia kena ambil gambar, send kat whatsapp.  Ehhhhh...berapa lama da????


Eh kejap tu tengok dia baik punya 'healing' pandang hijau-hijau di taman.  Orang kat belakang pun siap potong queue dia lagi.  Ishhh budak ni.  Tak boleh jadi bangunlah seketul emak yang sedang elok duduk bersandar di tiang.


Ammi order dari Grab je A&W untuk lunch kitorang.  Ada je jualan di sini tapi panjang pulak queue.  Nak membayar pun satu hal slow.

Lepas makan jomlah kita ke surau.  Spacious surau di Royale Chulan ni tapi carpetnya penuh dengan bulu-bulu halus.  Carpetnya warna royal blue, jadi nampak sangat bila berhabuk.  Ammi suspect mungkin dari ibu-ibu yang 'tumpang' guna surau untuk siapkan anak-anak yang join acara pakaian beragam.  Sebab masa kami nak solat tu pun memang ada 2-3 keluarga yang sedang siapkan anak masing-masing.


Lawan terakhir Alip.  Hanya round pertama dan terakhir je ammi teman dia masuk.  Round last ni sebab dia tengah draw.  3 menang and 3 kalah.  Kita kasi semangatlah untuk round terakhir ni.  Dan alhamdulillah menang walaupun agak sengit.


Masa diumumkan tu ammi pun terkejut.  Alip dinobatkan sebagai Best Under 10 (Boy).  


Tengok mata dia sama dengan tempat ke-2 tapi pemilihan atas dasar apa entahlah.  Bersyukur jelah.


Gembira betul muka dia.  Siap cakap "ammi ambillah gambar alip bagi kat Abah dengan Babah".  Babah tu abang ipar ammi.  

Habis keseluruhan acara sekitar pukul 6.10petang.  Lelaju ammi order grab balik rumah sebab malas pulak nak solat Asar kat hotel ni.  Sampai kawasan rumah nampak kakak sedara tengah pegang kunci pagar.  So, dah plan, lepas maghrib nanti nak jalan kaki jelah ke sini makan dinner.

Lepas maghrib, ammi jalan kaki dan Alip kayuh basikal dia.  Kejap tu alip patah balik kata "kedai pandak tutuplah Mi".  Aisehman... kita kedepan sikit tengok kedai sepupu sorang lagi dan "kedai paklong pun tutup".  Aiyooooooo. Jomlah balik.


Terpaksalah ammi buat instant noodle je.  Alip bila dengar terus celik mata dia.  Budakkan...gitulah. So, perisa curry untuk ammi dan perisa ayam untuk Alip.  

Begitulah hari Sabtu kami.  Lepas Isyak terus lelap ditemani Alip.  Abah balik pukul berapa pun ammi tak sedar.  Baru gi main chess dah letih gini, kalau kena masuk treasure hunt apa rupa ntah kitorang.

Post a Comment

12 Comments

  1. Tahniah Alip!
    Wah bestnya dikelilingi sepupu² yg ada kedai makan 🤩

    ReplyDelete
  2. Tahniah Alip.. bangga muka nya boleh dilihat :D

    ReplyDelete
  3. Tahniah alip.. proud of you.. tapi part girl tu berdebar auntie baca hahahah

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah dan Tahniah Alip.

    ReplyDelete
  5. tuuuu dia 👍💪👍💪👍💪👍💪👍💪👍 alip!
    tahniah boy!!!!

    ReplyDelete
  6. Congrats aliiiiip 🎉🎉🎉🎉🎉. Hebat lah... Semoga semakin sering ikut turnamen chess begini yaa. Bisa makin terasah nanti skill.

    ReplyDelete