Berkhemah di Ikamah Aman Seri

Minggu lepas sehari sebelum Deepavali ammi masih bekerja.  Tapi sekitar jam 2 ammi dah gerak keluar dari office sebab ammi nak kejar komuter pukul 3.20 yang kat Kajang.  Sampai Seremban Abah jemput dan terus kami ke tapak perkhemahan.

Ahaksss...kami berkhemah dari 30.10.2024 - 1.11.2024 (Rabu - Jumaat).  Gi berkhemah di Rembau je.  Kebetulan ada promosi baru beroperasi tempat ni jadi kita pun trylah.  Tak cuba taktau.

Lebih kurang jam hampir ke 5 kami sampai di tapak khemah dan kitorang yang sampai dulu.  Yang lagi 2 family tak sampai lagi sebab abang ipar ammi pun kerja diluar kawasan Rabu tu.  Dahlah ini first time kitorang nak pacak khemah, otai pulak tak ada.  Kita solatlah dulu apa-apa pun.  Lepas tu takpe, kita buat-buat pandai jelah.


Ammi ambil tapak tengah....biar kita diapit kiri dan kanan.  Ahaks.  Abah dimana?



Abah terperangkap dalam khemah korang.  Gitulah bila first time...huru-hara.  Eh mana depan, eh kita pusing, pusing lagi.  Eh salah, pusing balik.  Haaa gitu.  Nasib baik abah punya level sabar tu setinggi gunung Everest.  Kalau ammi, sabar ammi tinggi bonggol kat atas jalan raya tu je.

Bila dah jumpa cara...haaaa...kejap je naiknya.  Ada buat timelapse video tapi ammi terdelete pulak.

Ground sheet (alas bawah khemah) ni ammi rasa perlu yang lebih besar.  Yang kitorang beli ni ngam-ngam je size dia.  Kalau hujan mau basah bahagian bawah khemah.


Malam hari pertama pukul 8 - 10 malam dia ada kelas Bio.  Belajarlah guna lampu samar-samar

Masa dah nak hampir siap baru family Along dan kawan sorang lagi sampai.  Berasap ketiak dorang sebab khemah dorang bukan auto macam khemah ammi.  Tapi dorang dah few times pergi camping jadi dah ada dia punya rhythm gitu.


Ammi tak ambil gambar khemah yang dah siap pacak.  Biasalah ammi.  Nak jadi blogger konon tapi manjang je lupa nak capture the moment.

Khemah ammi yang ditengah tu.  Khemah kiri kanan ada lampu liplap khemah ammi togel.  Gitulah newbie.  


Menu malam pertama kami Shell Out.  Hari sebelumnya Along dan Lala (kawan sorang lagi tu) dah gi membeli stok seafood, siang, buat prep sauce dia bagai.  Ammi contribute part bahagi duit je.  Jadi harini kita rebuslah seafood tu.  


Kita godak dalam bekas besar ni je.  Sorang pegang sana, sorang pegang sini, kita goyangggg.


Di pagi Deepavali (hari ke-2) inilah breakfast kami.  Konsep camping kitorang kalini, kita masak asing-asing pastu kita makan potluck.

Ammi buat mee sup dan nasi goreng (guna baki nasi malam tadi).
Along buat spaghetti bolognese dan Mee Sedap goreng (ini terpaling laju habis).  Biasalah budak-budak nak instant noodles.
Kawan sorang lagi tu dia nak breakfast sendiri...


Lunch kami di hari ke-2.  Meja merah ni disediakan oleh owner tapak khemah.  Penuh meja sampai adik ammi cakap "ni camping ke kenduri?".... hahahha.


Ammi buat kurma ayam, ayam goreng dan sawi  goreng.
Along masak ayam balado dan terung grill
Lala buat ikan singgang dan ulam-ulaman

Lauk ni juga kita buat dinner.

Malam ammi pun tak perasan pukul berapa ammi tidur.  Rasa lepas isyak ammi baring-baring atas tilam tau-tau ehhhh dah pagi.



Dorang ada buat wayang pacak...ammi tak perasan or tak dengar bunyi apa pun.  Si baju merah tu, Khilfi.  Tengok cerita Venom katanya.

Sarapan pagi hari ke-3 (Jumaat) tak ada gambar. Ammi buat cekodok dan sambal ikan bilis (sambal tu ammi dah buat awal dan bekukan).  Jadi tinggal goreng ikan bilis dan tambah je.
Along buat mushroom soup and garlic bread.  Pastu letak je roti dan peanut butter tu.  Sekejap je selesai.

Jumaat tu abang ipar dan suami pada Lala (Wan) dorang kerja sebab tak dapat cuti.  Seawal jam 6 pagi abg ipar dah gerak tapi si Wan ni pukul 7.30 baru gerak santai-santai.  Tau-tau pukul 12 lebih ehhh dorang dah terpacak balik kat tapak khemah.  


Jumaat kitorang lunch lepas Abah dan geng-geng lelaki balik solat Jumaat.  

Ammi masak meatball buttermilk dan kacang panjang goreng letak telur.
Along buat sambal sardin, ayam goreng dan cendawan goreng
Lala buat asam pedas sardin.  


Konsep hari terakhir biasanya habiskan lauk basah kalau ada.  Kalau tak ada kita masak sardin je.  Bila dah last day ammi dah start rasa penat.  Tekak haus tapi ais dalam cooler box dah mencair dan cuaca pun boleh tahan panas.

Mujur masa kitorang tengah nak cabut khemah, cuaca bertukar mendung.  Seronok bila mendung tapi jadi kelam kabut sebab risau tetiba hujan bila terdengar pulak bunyi guruh di langit.  

Jadi kitorang bukak khemah lelaju, kemas mana yang patut dan lebih kurang jam 3 lebih settle dah semua.  


Ada disediakan kolam mandi, toilet yang bersih.

Khemah kami tu yang ada anak panah tu.  Ni masa hari mula sampai, kereta semua kitorang masih park depan khemah sebab nak unload barang dari kereta.

Kami berkhemah di mana?

Ikamah Aman Seri Recreational Park (IASRP)

Setakat ni ada 2 jenis tapak, 1 yang di laman damai (ada swimming pool) dan satu lagi disungai (yang ni "wild" sebab tak ada plug point.  Jadi kitorang mmg ambil yang ada plug pointlah.. nak camping suka-suka je bukan yang jenis masuk hutan jadi survivor.  



Next camping bulan 12 nanti.  Yang itu nanti tapak kitorang betul-betul depan sungai.  Harap-harap kat sana nanti ammi ni retilah nak ambil gambar yang proper.  Suka sangat ikut rasa malas ni.

Post a Comment

5 Comments

  1. Seronoknya khemah2 ni....akak x tau la bila nak start...abg haidy awak tu takde seni reakreasi...hahahaha

    ReplyDelete
  2. Seronok nya camping. Memang suka tapi tak berkesempatan.

    ReplyDelete
  3. teringin nak berkhemah beramai2 dgn my lil family tp MZ ni jenis fussy esp bab2 toilet etc so rasa mcm tak dptlah nak berkhemah hahahah tp zmn dok matriks/uni, MZ ada jer join camping ni, ada 203 kali gaklah so merasa jugak tidur dlm khemah etc

    ReplyDelete
  4. Issh seruuuu nya kak Ammi 😍😍. Benar2 saya pun JD teringin nak kemah . Dah terbayang kalo nanti kemah depan sungai, pasti best. Anak2 lah suka kan 😄.

    Dan saya suka part masak dan makan2. Walau simple pun, terasa sedap karena ramai dan makan di alam terbuka 😍

    ReplyDelete
  5. seronoknya...teringin nak pi camping jugak but x de geng la ...

    ReplyDelete