Makan malam di Imani Seafood

Disebabkan juadah tengahari selesai begitu sahaja tak sempat dibawa ke dinner maka kami pun plan untuk makan kat luar je.

Sebelum tu singgah di kedai yang ada jual makanan kucing.  Ammi nak stock up wetfood kucing.  Malas pulak ammi ni lately nak beli ikan, rebus, debone bagai.  Ammi dah cuba macam-macam brand ternyata hanya Prodiet yang dorang suka.  Ammi cuba brand yang mampu milik jelah.  

Dan kalini ammi beli semua perisa yang ada nak tengok yang mana satu dorang paling suka.  Ammi perati mana yang ada salmon dorang macam kurang suka.  Nampak nau kucing ammi stok makan ikan sardin je ahakss.

Selesai tu Alip kata dia nak makan tomyam dan ammi pun teringat few times kak SA update story dia makan tomyam sedap kat Ampangan.  Lelaju google nama kedai tu dan alahaiiii..sejongka yo dari rumah.

SAAA, SA....kau terus menghantui dan meracuni hidupku.  Nak unfriend SA aci tak?  Hahahha


Ke Imani Seafood kami sebab SA kata toye dia sedap.


Nasi segunung cinta


SA kata tomyam dia sedap....maka 2-2 jenis toye kitorang order.  Kitorang order tomyam seafood yang putih dan tomyam daging untuk yang merah.  Pilih saja mana yang maumu.


Talapia masak pedas.  Tak pedas pun sebab Ozil pun boleh makan.  Tapi rangup sangat ikannya walaupun dah bersiram gini.


Rasanya macam ammi sebut kailan masa order, tapi yang sampai kangkung.  Belasah jelah...janji hijau.


Tamak betul...order pulak hot plate tofu.  Mentang-mentang jam baru pukul 6, ko order macam kebulur sehari tak makan.

Kesimpulannya, semua menepati citarasa kami.  Ozil siap hirup kuah tomyam tu dan kata "sedap sangat, tak macam yang abah buat".  Ehhhh dia ni suka complain masakan orang kat dalam rumah tau.  Dah ada isteri nanti jangan nak complain sangat bila isteri masak kurang sedap.  Bersyukur.

Total bil kami ammi pun lupa, rasanya dalam RM86 ke berapa ntah.  Abah ada sebut tapi ammi dah lupa.  

Boleh repeat?  Of courseeee..

Thanks SA recommend tempat yang kena dengan selera kami.

Post a Comment

10 Comments

  1. Kat situ ada hot plate tofu ya........ my favourite
    Imani ni kat area mana Ammi

    ReplyDelete
  2. Menarik pula talapia masak pedas tu. Rasa cam tak pernah jumpa lagi dalam menu. Atau pun ada tapi tak pernah nak order. Biasa ambil siakap 3 rasa.

    ReplyDelete
  3. Hahahaha....kan betul kan..toye dia sedap kan and ada nasi segunung cinta love love kan....yeahhh dia dah teracunnnnn....

    ReplyDelete
  4. Luar kotak betul idea cover buku menu dia... Kedai seafood = gambar kapal layar!

    ReplyDelete
  5. Dekat rumah ni mem besaq nak ikan rebus je. Wet food dia x gemar.
    Sedap tu, hirup kuah tomyam 😋

    ReplyDelete
  6. nampak sedap semuanya tu. siap ada 2 jenis tomyam lagi.

    ReplyDelete
  7. rege tu ok sgt!! bestnya tomyam, fav my family jugakk

    ReplyDelete
  8. mcm nak try jugak ni..Ian fav tom yam ni

    ReplyDelete
  9. Hahahahah janji hijau ya kak 🤣🤣.

    Yg penting sedap memang. Isssh teringin juga nak coba. Saya cek dari google. Biasanya saya selalu stay di KL kakk kesana. Ternyata KL ke imani seafood nih makan waktu 58 menit 😄🤭. Memang harus sewa mobil atau sewa driver kalo nanti ke KL lagi. Biar bisa jalan jauuuh dikit 😁

    ReplyDelete
  10. tgk kuah tomyam tu pun dah tahu sedap

    ReplyDelete