Jangan biadap

Hari Khamis minggu sebelumnya adalah hari yang menduga betul. Kerja-kerja hakiki ammi tu kita tolak tepi, kita memang dibayar gaji untuk selesaikaj kerja tu.  Tp ini hari yang menduga sebab ammi perlu deal dengan Grab rider yang super rude dan tak bertanggungjawab.

Kisahnya, pagi dalam jam 10 lebih lepas ammi pastikan recipient ada dipejabat ammi pun arrange for 1 document to be sent to him. Dapat rider dan kejap tu dia call ammi “lagi 3 minit saya sampai, tunggu dibawah”. Oh serius nadanya… tapi ok je.  

Ammi turun dan ammi yg tunggu dia.  Fine. Pastu nampak sebijik motor grab sampai, ammi tengok bukan nombor plat mcm dalam sistem so I just ignore. Kejap tu dia call “saya dah lama tunggu kat bawah”. Dan ammi jawab “saya ada depan awak”.

Rider: Lama saya tunggu.

Ammi: Saya pun lama juga tunggu awak.  Kenapa nombor motor tak sama mcm dalam siatem? Mana saya tau itu awak.

Dia senyap je ambil gambar dalam berlalu.


Kejap tu dalam 8 minit lepas dia pick up dokumen dia call lagi...


Rider: Kenapa bangunan ni masih tutup? Pintu pun tak buka?

Ammi: Bangunan tak buka atau pejabat recipient tutup?

Rider: Saya kat bawah, tak boleh naik sebab pintu bangunan tutup. Macam mana saya nak naik? Awak boleh faham tak? (Biadap nau ayat ko dik)

Ammi: Sekarang dah pukul 10 lebih takkan bangunan menara pejabat tak buka lagi? Tak ada security ke kat lobby?

Rider: Tak ada, cermin hitam saya tak nampak apa pun kat dalam.  (Cara cakap dia macam stress nau bunyik)

Dia letak phone, kejap tu dapat notication kata document completed.  Check gambar dia campak kat pasu bunga mana ntah.


Dia campak dokumen kat pasu tu je korang.  Ammi send gambar ni kat recipient dia kata dia tak aware pun lokasi ni.  Dan dia ada je kat office.  Mustahil nau pukul 10.30 pagi bangunan pejabat tutup.  


Ammi call dia banyak kali tak berjawab.  Hati dah mula menggelegak ni.  Dahlah masa dia call kita tadi nada dia punyalah sombong berlagak macam kita yang bersalah.




Bila dia dah jawab ammi call je terus.  Senang nak bercakap dari menaip ni. 

Dia siap kata dia dah jauh, dia suruh recipient pergi cari dokumen tu.  Katanya kalau nak ambil semula document tu dia suruh ammi bayar dia.  Kepala hotak dia betul.

Pastu disebabkan nada dia kurang ajar sangat ammi sound dia, "ko nak patah balik kutip dokumen ni semula atau ko nak aku buat sampai ko tak boleh jadi rider kat mana-mana lagi dah lepas ni?"

"Mintak recipient tunggu saya kat bawah, jangan nanti saya call, dia pergi toiletlah, pergi makanlah".  Ehhhhh banyak lemak ko ye.

Ammi ni jarang nak marah orang tak tentu hala tapi kalau ko tak ada adab, tak bertanggungjawab memang aku akan buat ko menyesal nanti.

Ayat gertak tu gertak je lebih.  Macam mana nak blacklistkan nama dia pun kita tak tau.. Ahaksss.


Kejap tu recepient pun sahkan dia dah dapat dokumen.


Rider lain selama ammi hantar dokumen kat recipient ni ok je tak ada masalah.  Tak pernahlah ada yang call kata tak jumpa alamat bagai.  Office dia bukan kat bangunan tersorok ke apa...bangunan besar.

Sudahnya masa bagi rating...memang ammi bagi rate rendah je.  Biar ada akal sikit budak ni.  Bukan senang nak senang dik.  Buat kerja biar ikhlas.

Post a Comment

12 Comments

  1. memang rude dan boleh membuatkan naik darah tinggi lah gini perangainya...syukur dpt jugak setel masalah antar document tu...risau takut hilang ke apa kan

    ReplyDelete
  2. Nak kerja tapi macam ni pula ya. Kejar trip ke apa?.....tak berkenan juga dengan orang yang tak ada adab.

    ReplyDelete
  3. Part gertak tu memang kelas.
    Kecut lutut dia.

    ReplyDelete
  4. Saya sokokng bagi rate rendah.

    ReplyDelete
  5. nieyl baca ni pun panas hati niiii....
    tak beradab...

    ReplyDelete
  6. Ye betul...kadang ada je rider yang biadap..memang kalau dah kurang ajar macam ni...ko nak sangat ke periuk nasi ko tertutup...

    ReplyDelete
  7. yg baca ni pun menyirap darah..geram rasa nak hempuk kpala rider tu

    ReplyDelete
  8. Memang boleh menyebabkan 'my blood go upstair' kalau berurusan dengan orang yang biadap ni. Sabar jer la...

    ReplyDelete
  9. eh...parcel tu dokumen kot...tak bertanggungjawab betul rider nie...linda yang baca pun geram je rasa..

    ReplyDelete
  10. Yang baca ni pun panas hati.

    ReplyDelete
  11. Ikut emosi pun bacanya. Saya kalo dpt driver kurang ajar macam nih, bukan hanya rating paling rendah, saya komplain juga ke CS mereka.

    Memang tak tahu sopan. Kalo tak nak kerja macam tuh, jgn JD driver grab. 🙄

    ReplyDelete