Saya bukan adik

Hari ini hari Khamis, jadi marilah kita buat Throwback Thursday post.  Dah alang-alang memory ni keluar semalam jadi kita simpanlah kat sini pulak.

This was back in 2013.  Dekat Midvalley, baru lepas tengok Thor.  Thor yang mana satu pun ammi tak ingat dah.

Ozil masih di trimester pertama dalam perut ammi.  Masa ni budak dalam gambarlah terpaling bongsu di rumah.  Terpaling banyak cakap (in fact sampai sekarang pun dia terpaling banyak benda nak story kalau kat rumah).

Keluar je dari panggung, budak ni dah taknak dipanggil "adik".  "Saya bukan adik, saya Thor", katanya.  Ohhhh nampak gayanya dia fahamlah cerita tadi walaupun baru 3 tahun lebih.

Bila ammi manjang je tersasul panggil adik, ehhhhh dia bantai merajuk peluk tubuh gitu, berdiri keras kat tengah alam taknak berjalan.



Sebab masa tu awak baru 3 tahun lebih, ammi layan jelah sebab comel walaupun ada saat ammi cubitkan je kat celah ketiak.  Cuba masa buat perangai gini umur 7-8 tahun....rasa????

Post a Comment

5 Comments

  1. Garang nau nak jadi Thor.. Hehe

    ReplyDelete
  2. cutenya Thor :) best kan zmn anak2 kecik hehehhe time flies gitu

    ReplyDelete
  3. Hahahahahah, comel nya diaaaa 😍😄😄😄. Memang gemaaas liat telatah begini kalo anak2 yaaa. Coba dah besar masih begitu, habislah mata mama membesar 🤭😁

    ReplyDelete