Benda camni pun nak cerita masuk dalam blog. Gayat betul. Tapi tulah, sebab benda yang jarang berlaku, jadi ammi kongsi jelah.
Ammi rasa sepanjang ammi bekerja, ini kali ke-2 ammi masuk kedai emas untuk beli emas untuk diri sendiri.
Kali pertama masuk kedai emas, ammi beli cincin untuk arwah mama. Masa tu kongsi-kongsi duit dengan arwah adik ammi belikan cincin sempena birthday mama. Cincin suasa yang ada batu warna hitam je uolls. Itu je yang kitorang mampu masa tu.
Masa kitorang faraidkan emas-emas mama, cincin ni tak laku pun tukang emas tu kata. Kalau ada pun emasnya sikit sangat. Jadi along dan adik lelaki ammi pakat bagi je cincin ni kat ammi sebab dorang pun tak sampai hati. Ini cincin kesayangan mama kata dorang. Longgar di jari ammi, tapi sekali-sekala ammi pakailah juga.
Pastu masuk kedai emas dengan abah masa kitorang nak nikah. Tapi masa tu kita pilih-pilih je Abah yang bayarkan.
Then, rasanya 9 tahun lepas kot ammi masuk kedai emas beli untuk diri sendiri buat pertama kalinya. Ammi beli gelang dan cincin. Itu pun sebab dapat bonus meriah masa kat office yang lama. Pastu pakailah ko gelang itu bertahun-tahun.
Dan disebabkan bonus tahun ni terlebih meriah (done humblebrag) ahaksss... ammi memang ada target nak beli emas jelah walaupun harga emas macam hapa ntah mencanak-canak naiknya.
Tak rancang pun sebenarnya, pagi Jumaat tu ammi WFH jadi awal pagi dah ajak abah ke ST Rosyam. Selesai mengukur jalan kat situ masa keluar dari situ nampak ada kedai emas kecik je. Saja jelah singgah tengok-tengok sekali ehhhhh amik jelah terus. Gi berpuluh kedai pun kalau bajet kau tara itu, itu jugaklah yang ko dapat walaupun mungkin design kedai lain lebih cantik. Tapi...belasah jelah.
Pelanggan pertama katanya. Aterrr orang tu baru naikkan shutter, nak lap-lap display rack ko dah terjah. Dari hari ammi dapat bonus tu ammi memang dah check harga terkini segram emas. Dan assistant kedai ni lepas dia discuss dengan boss dia setuju bagi pada harga yang murah untuk segram. Murah RM30 bagi setiap gram. Banyaklah juga kot. Ammi tak reti sangat nak nego-nego bab emas ni.
Jadilah. Assistant tu cadang cincin KLCC la, cincin apa lah ntah yang nampak penuh dijari. Tapi ammi tak suka yang besar-besar. Ammi prefer yang kecik-kecik je.
Pastu memandangkan kedai tu ada servis cuci emas dan dorang willing nak cuci gelang ammi secara percuma jadi ammi pun saja jelah suruh dorang timbang gelang ammi. "Kalau trade-in Puan boleh dapat dalam 3,800 jugak ni, nak trade in ke?" ... seriuslah? Ammi beli gelang tu dulu 1700 je. Tapi takyahlah trade in...itu je yang ada pun. Pakai jelah sampai lunyai.
Yang bestnya, ko dah membeli benda beribu-ribu ringgit (done meriak), pastu ko tinggalkan je dalam kereta masa masuk rumah. Kereta pulak parking kat luar rumah. Ko masuk bawak barang-barang basah yang ko beli kat ST Rosyam je. Ko siap siang-siang barang basah, kemas dapur, makan tengahari bagai. Dah pepetang baru teringat...ehhhhh "rantai tadi mana". Cuakkkkkk ko.
Dah membeli bagai baru teringat, ehhhh zakat tak bayar lagi. Astaghfirullahhalazimmmmmmm. Baru nampak duit banyak tu dah rambang mata, kalau duit masuk berjuta macam yang tengah heboh sekarang ni ntah apalah jadi kat si Sharmila ni ntah.
8 Comments
Dana pun tak suka cincin yang penuh jari, rasa rimas dan payah nk buat kerja. Cantik rantai baru tu kak, tapi itulah mujur memang dah tertulis rezeki kita kan, selamat dia duduk dalam kereta tu ya.
ReplyDeleteWahhh.... enjoy shopping...
ReplyDeleteNasib rantai tak diambil orang
kalau akak, parking kat rumah, kereta tak berkunci.....
meriah jugak tu, boleh dapat RL dengan cincin...Alhamdulillah..
ReplyDeletelawa cincin batu hitam tu...
Alhamdulillah rantai masih dalam kereta
ReplyDeleteAlhamdulillah bertambah koleksi bling² ye besan :p
ReplyDeleteLurvv cincin suasa tu, I mean the design & of course kenangan yg ada padanya 🥹
Emas sekarang dah mahal.. Mujur saya ada simpan gold bar sedikit.. Dulu beli RM100++ je segram. Sekarang dah RM400++ segram.
ReplyDeleteHahahahah ditinggalkan dalam mobil ya kak 🤣. Masih rezeki kakak tapi 😉ðŸ¤. Cantiiiik model cincin dan kalungnya. Yg punya mama kakak pun bagus, sweet je. Walau suasa, tp memang lah kalo barang kesayangan ortu, better dipakai atau simpan. Kenang2an dari mereka.
ReplyDeleteCantik rantai tu... reward diri sendiri.
ReplyDeleteKalau tak beli sekarang asyik teringat-ingat pula. Takut duit bonus tu tak nampak apa yang dibeli.