Bila kita cuti di hari Jumaat

Hari Jumaat kami semua ada dirumah. Ammi cuma masak juadah untuk sarapan je.  Dinner ammi yang jadi assistant untuk chef.  Ammi ada chef Khilfi kat rumah.  Lepas kejut anak-anak Subuh ehhhh terus hanyut pulak kita. Mementanglah cuti dan malam sebelumnya kami sampai rumah pun dah pukul 1 lebih pagi.  Sedar-sedar jam dah nak pukul 7.30 pagi.  Patutlah sayup-sayup dengar bunyi orang mengaji.  Abah dah balik dari surau dan mengaji.  



Bangun, duduk depan peti ais tak tau nak prepare sarapan apa.  Nampak ada sebungkus mi kuning, kita buat jelah mi sup bodo-bodo.  Sawi tak ada, kubis pun boleh.  Daging semua masih beku, kita guna jelah meatball yang ada.  Asal kenyang je sudahlah kan.



Tau-tau masa ammi minta tolong Alip siapkan mangkuk bagai dia bawak keluar juga durian dari peti ais.  Dalam kereta semalam dia ada sebut yang jiran bagi durian sebekas.  

Lunch ammi cuma masak nasi dan potong timun je sebab balik je dari KLIA, walaupun dah jam 1 pagi, ada kawan abah WhatsApp suruh datang ambil lauk.  Dorang ada buat gotong-royong masak dinner tapi sebab abah tak dapat join dorang simpankan juga bahagian untuk abah.  Ada kari gearbox lembu dan masak lemak perut + rebung.  


Ammi memang suka kari tapi bukan kari daging lembu.  Ammi lebih prefer kari ayam or kambing.  Entahlah kenapa.  Macam dah set kat otak daging kena masak lemak cili api or lain-lain.  Tapi makan je, bukanlah reject terus.

Lepas lunch, ammi boleh pulak terlelap padahal dah janji ngan abah nak ke ST Rosyam.  Nak dinner di luar tapi Kyra ada kelas tuition online pulak.  Jadi Khilfi kata dia nak masak steak.  Perghhh lain macam menu dia nak masak.

Lebih kurang jam 3 lebih kami keluar.  Kami tu adalah abah, ammi dan chef kami.  Lepas cari bahan, ammi terus je keluar sebab nak gi gunting rambut.  Biarlah abah dan Khilfi yang beratur membayar.  Takat ni ammi rasa kedai gunting rambut dalam Kipmall ni je yang pandai nak gunting rambut ammi. 

Apa rupa kejadian dinner kami nanti ammi share ye.

Post a Comment

5 Comments

  1. Mi sup tak berapa bodo sangat tu Ammi. Ada banyak juga rencahnya tu. hihi..Wah, kemain lagi Chef nak masak steak. Kita tunggu je la hasilnya.

    ReplyDelete
  2. mee sup tu nampak sedap jer!!

    ReplyDelete
  3. Sedap ni, sup ada pecah telur yummm

    ReplyDelete
  4. sedap plak nampak mee sup tu ha..Chef Khilfi masak steak...wow.....wow.....cepat publish...

    ReplyDelete
  5. Ya Allah heaven-nya bila time cuti² or malas² ada org bagi makanan 😍
    Tak sabar nak tengok kesedapan steak Chef Khilfi...

    ReplyDelete