Hari Jumaat kami semua ada dirumah. Ammi cuma masak juadah untuk sarapan je. Dinner ammi yang jadi assistant untuk chef. Ammi ada chef Khilfi kat rumah. Lepas kejut anak-anak Subuh ehhhh terus hanyut pulak kita. Mementanglah cuti dan malam sebelumnya kami sampai rumah pun dah pukul 1 lebih pagi. Sedar-sedar jam dah nak pukul 7.30 pagi. Patutlah sayup-sayup dengar bunyi orang mengaji. Abah dah balik dari surau dan mengaji.
Lunch ammi cuma masak nasi dan potong timun je sebab balik je dari KLIA, walaupun dah jam 1 pagi, ada kawan abah WhatsApp suruh datang ambil lauk. Dorang ada buat gotong-royong masak dinner tapi sebab abah tak dapat join dorang simpankan juga bahagian untuk abah. Ada kari gearbox lembu dan masak lemak perut + rebung.
Lepas lunch, ammi boleh pulak terlelap padahal dah janji ngan abah nak ke ST Rosyam. Nak dinner di luar tapi Kyra ada kelas tuition online pulak. Jadi Khilfi kata dia nak masak steak. Perghhh lain macam menu dia nak masak.
Lebih kurang jam 3 lebih kami keluar. Kami tu adalah abah, ammi dan chef kami. Lepas cari bahan, ammi terus je keluar sebab nak gi gunting rambut. Biarlah abah dan Khilfi yang beratur membayar. Takat ni ammi rasa kedai gunting rambut dalam Kipmall ni je yang pandai nak gunting rambut ammi.
Apa rupa kejadian dinner kami nanti ammi share ye.
5 Comments
Mi sup tak berapa bodo sangat tu Ammi. Ada banyak juga rencahnya tu. hihi..Wah, kemain lagi Chef nak masak steak. Kita tunggu je la hasilnya.
ReplyDeletemee sup tu nampak sedap jer!!
ReplyDeleteSedap ni, sup ada pecah telur yummm
ReplyDeletesedap plak nampak mee sup tu ha..Chef Khilfi masak steak...wow.....wow.....cepat publish...
ReplyDeleteYa Allah heaven-nya bila time cuti² or malas² ada org bagi makanan 😍
ReplyDeleteTak sabar nak tengok kesedapan steak Chef Khilfi...