Isnin haritu ammi agak sibuk di awal pagi. Memang macam biasa ammi sarapan dengan segelas kopi tanpa gula. Ada masa ammi tambah dengan chia seed ada masa kosong gitu je. Dan sekarang, marilah mula minum segelas vitamin C juga. Katanya kes covid semakin menjadi-jadi, jadi marilah berjaga-jaga sebab seketul ammi ni malas sungguh pakai facemask.
Asal pakai facemask je muka berjerawat pastu tak reti nak hilang parutnya.
Kalau IF sebenar tak boleh pun minum vitamin C tu sebab ada manisnya. Tapi ammi belasah jelah minum sementara teringat nak ambil air dan dilutekan tablet tu.
Last makan dinner sushi sekitar pukul 5.30 - 6.00 petang. Patutlah pukul 11 lebih dah rasa lapar melampau. Takpe kita siapkan dulu kerja sikit je lagi.
Dah pukul 12 camtu ammi bukalah apps Grab nak cari makanan dan alahai baki duit kat Grab cuma ada RM6 je. Yelah suka betul membeli di Tiktok pastu bayar pakai Grab (dapat point lebih sikit) ahaks.
Ammi pun laju je topup dan pastu ada orang call kalau tak silap. Pastu marilah sambung lagi dengan grab dan boleh tak "si pandai" ini gi topup lagi sekali. Hukalohhhhh apsal level pelupa dia lain macam ni?
Tak memasalkan dalam sehari ko topup 2x.
Perangai ni bahaya sebenarnya sebab macam benda baru 2-3 minit ko dah lupa. Terasa macam kena pukau pulak.
Sapa yang pernah kena pukau?
Alhamdulillah takat ni ammi masih lagi dijauhkan daripada terkena pukau ni tapi ada kawan ammi pernah kena. Dia kata macam sekelip mata je benda tu berlaku dan tak ada orang pun perasan. Dia ingat dia lalu kat satu kawasan di Seremban (kak SA tau kan area BATA depan Wisma UMNO tu), pastu ada orang macam panggil dia. Dia toleh dan tau-tau selang beberapa minit dia tersedar dan gelang tangan dia dah tak ada. Laju betul orang tu buat kerja.
7 Comments
Alamak...bahaya..so jangan mengada ye awak nak jalan sorang2 area situ..bahaya...
ReplyDeleteMoga kita dilindungi..
ReplyDeleteTapi kes ammi tu leka bukan pukau heheheh....
ReplyDeletetakpe la..lama sikit baru kena top up balik
ReplyDeletebut bab pukau tu...scary
Alamak, seramnya, baca tentang kena pukau.
ReplyDeleteBahayanya.. moga kita dilindungi..
ReplyDeleteScary la bab2 pukau.nauzubillah min zaa lik
ReplyDelete