Hari Jumaat lepas ammi minta cuti dari boss. Tujuan sebenarnya nak ambil Khilfi pastu terus stay di Melaka sebab kalau ikutkan hari Sabtu Alip ada game bola di Melaka pastu kami nak terus shoot ke Segamat tengok Kyra.
Tapi cuti dah dapat, ammi balik kerja hari Khamis tu dengan nada kecewa Alip sambut ammi di pintu dan cakap "Alip dah keluar Elite". Haa? Ammi buat-buat terkejut padahal Abah dah cakap awal masa jemput ammi yang Alip tak terpilih untuk main di Melaka. Dia punya level kecewa sampai nak keluar dari kelab terus. Ammi rasa ini kekecewaan berulang yang jadi kat kawan kelab lain juga. Tak apalah...rezeki ada dimana-mana. Bukan di kelab yang itu aja.
So, memandangkan itu, Jumaat kami tak jadilah tidur di Melaka. Kita jemput Khilfi dan patah balik Seremban.
Pagi ammi siapkan wrap telur je untuk Alip. Buatkan air vitamin C 3/4 gelas untuk dia sebab tablet tu dose untuk dewasa, jadi ammi patahkan tablet tu. Wrap tu sayur apa pun takde sebab yang ada kat dalam fridge tu cuma serai je. Ammi yang kononnya nak IF tak jadi IF sebab bangun tidur pukul 10 tengok ehhh ada lagi seketul wrap bawah tudung saji.
Lepas jemput Alip disekolah kami terus je ke Melaka. Abah singgah solat Jumaat di masjid MITC. Kereta terpaksa park kat tetengah parking area yang tak ada pokok. Sangap ammi kat dalam tu. Buka aircond paling kuat pun terasa panas lagi. Suhu di luar 34°C rupanya.
Sampai je sekolah Khilfi dia pun ngam-ngam turun dari bus lepas solat Jumaat. Bagus. Ada kalanya dia sempat baring-baring santai dalam masjid sebab naik bus trip last. Malas nak berebut. Masalahnya kalau tertidur sungguh-sungguh dan tertinggal bus dah jadi satu hal pulak macam mana nak ke sekolah.
Dianya dah makanlah pulak kat dewan makan sebelum naik bus ke masjid. So, kami yang lapar ni mencarilah tempat makan. Dan akhirnya decide ke Big Food Kitchen di Duyong.
Kami sampai sini sekitar jam 3 petang. Dah tak meriah lauknya. Tapi masih panjang dari sini ke sana tuuuu.
Gambar dalam Facebooknya...memanggil bethol.
Disebabkan Khilfi tak nak makan sebab kenyang sangat katanya, jadi silalah pegang phone ammi dan snap gambar.
Masak lemak yang ada
Belah-belah ikan bakar.
Urap taugeh tu macam sedap, tapi ammi tak ambil sebab ammi rasa macam mahal je semangkuk kecik tu RM4.50. Size mangkuk kita makan bubur di kenduri kahwin tu.
Khilfi ambil gambar ni dan datang kat ammi sambil cakap "yang ini yang palingggg ammi sukakan".
Lauk yang kami ambil semua tak dimasukkan dalam gambar. Khilfi dah duduk je terus tak sabar nak on handphone dia. Once dah pegang handphone sekian sajalah perkara lain. Memang balas dendam bebetul.
Kalau bebelah petang/malam kat sini ada jual set talam western bagai. Gi sini untuk lunch kalau korang lapar kebulur berjaga-jaga jelah. Silap haribulan semua benda korang angkut letak atas dulang.
3 Comments
Urap taugeh tu nampak sedap. Pernah makan dulu, lama nya tak jumpa.
ReplyDeleteKita dah pernah dinner kat sini, Ammi. Siang lagi meriah eh lauknya, tapi bahaya jugak tu main angkut masuk dulang, hihi.
ReplyDeleteByk betul pilihan lauk nya tu
ReplyDelete