Dia sudah 11 tahun

 Alhamdulillah.  Bertambah lagi usiamu anak bongsuku.

Anak bongsu yang kalau bercakap tak ada penapis di mulut.  Cakap lepas je sampai pernah sekali kakak cakap kat dia "sebelum cakap kena fikir dulu Khalifah Syafiqah".  Kakak kalau marah memang suka panggil dia dengan nama perempuan gini.  Hahahah..


Budak ni pernah cerah secerah-cerahnya masa kecil.  Pakej putih melepak rambut perang, bulu-bulu kat muka, badan, tangan warna perang.  Sekarang?  Hmmmm entah hilang kemana semua itu.

Masa dia kecil kami semua panggil dia Ozil sebab memang arwah atuk berkenan sangat dengan nama ni.  Masa dia masih dalam perut arwah dah cakap "kalau anak ko lelaki nanti panggil Ozil tau".  Nak-nak bila dia lahir di tanggal 14.07.2014 iaitu final World Cup 2014 antara Argentina dan Germany. 

Tapi kenapa jadi Alip? Ini semua ibu punya pasal.  Sapa ibu?  Ibu tu pengasuh yang jaga Alip dari umur dia 55 hari.  Ibu dan loghatnya sangat memberi kesan kepada Alip.  Masa kecik, memang dia ikut bahasa Muo ibunya.  Pernah sekali dia cakap "Alip lapo".  Pastu dia nak tengok cerita kartun lain kat tv dia pegang remote, jalan kedapur hulur remote ke ammi sambil cakap "tuko tuko".  Hahhaha...ekau ni jang.  Tapi ibu memang pengasuh paling best.  


Sekarang, dia suka bermain bola.  Itulah yang orang kata kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.  Eloklah ke nasi, kalau tumpah ke meja ammi cubit pulak nanti.

Walaupun birthday dia harini tapi semalam lagi kami dah bagi hadiahnya.  


Hadiah tabung dari abahnya.  Tabung viral yang dia pernah beli tahun lepas dah penuh dan padat.  Abah upgrade sikit beli tabung mahal sikit.  Ya ni ada slot masukkan duit dan pakai battery.


Ni hadiah dari ammi.  Sama-sama pilih di tiktok tapi ammi acah-acah kata tiktok dah reject order tu dan dia percaya.


Belikanlah kasut murah-murah je kat TT.  Ini pun confirm 2 bulan lagi dia datang kata kasut dah ketat.  So, semalam dia memang dah rasmikan kasut ni.

Dia selalu juga tanya soalan "kenapa Alip tak ada adik?".  Ammi kata awak ramai adik sepupu, tapi kalau nak adik yang kongsi sama nama abah, abah kena kahwin lain.  Nak ada mak tiri?  Hahhaha terus geleng laju.

Semoga anak bongsu ammi ini membesar dalam keredhaan Allah.

Post a Comment

0 Comments