Libang libu

Haritu ammi buat posting ada guna perkataan libang libu.  Terus dak ana komen kata... 



Ater kome, teman ni "membesar" dengan orang Perak.   

Ammi habis diploma tahun 2000 dan 2001 ammi mula kerja di satu engineering firm di Damansara.  Empunya syarikat tu orang Kuala Kangsar.  Driver boss orang Perak, satu-satunya kakak dalam ofis tu pun orang Kati, Kuala Kangsar.  Rasanya banyak juga ammi kongsi di blog dialog-dialog ex-boss dalam loghat perak antaranya disini dan disini.  Banyak lagi tapi malas nak mencari.

Ammi mula kerja disini tahun 2001 masa tu berat dalam 42-43kg je.  Teringat arwah PakNon (boss marketing kami) dia cakap.  Hang makan banyak sikit Tagore (dia suka panggil ammi Tagore sebab dulu ada pelakon hindustan nama Sharmila Tagore).  Tengkuk hang tu kalau aku boh ayaq aku boleh sedut pakai straw.  Punyalah nak kata kurus kering sampai berlekuk tengkuk tu.  PakNon orang Taiping tapi ammi pun taktau kenapa dia cakap macam org utara.  Perkataan faveret arwah ialah "pungkok hang".  Sampaikan supplier Jepun kami kalau call nak cakap ngan PakNon dia akan cakap "is Pungkok San in?"... ahakss.. kalau nak cakap ngan ex-boss ammi pulak dia tanya "Put me to Cer Kabo San".  Nampak nau boss ammi suka cakap "cer kabo".  Kalau Tun M dengan "apa nama"nya, ex boss dengan cer kabo.

Ammi keluar dari office tu tahun 2011.  Berat dah 55kg kot masa tu.  Membesarkan?


Kak Seha.  Ganas wooo dulu dia ni.

Sedar tak sedar banyak juga pengaruh loghat Perak dalam hidup ammi.  Yelah, hari-hari dengan Kak Seha ni lah ammi bercakap, makan.  Habis kerja Kak Seha akan hantar ammi ke kelas di UiTM Shah Alam dan sepanjang perjalanan dari Damansara ke Shah Alam kami belabunnnnn tak sudah.

Boss ammi tu pun walaupun belajar sampai ke luar negara, kahwin dengan orang putih tapi loghatnya masih pekat.  Bini dia yang orang putih pun terjebak sama.

Jadi ammi rasa perkataan libang libu tu memang ammi dapat dari mereka inilah tanpa ammi sedar.  Kalau dalam bahasa Melayu biasa apa perkataan untuk libang libu ni ye? gelisah? resah?

Post a Comment

8 Comments

  1. Ater...saper pun boleh cakap Perak kan...sampei bini bos orang putih tu pun terjebak...

    ReplyDelete
  2. Kadang² kalau tak faham loghat orang lain... Memang Taufik selalu tanya.... Takut salah faham hihihi....

    ReplyDelete
  3. iye lah tu ...resah gelisah mungkin...
    kita pun suka satu perkataan sampai sekarang nie...
    buat nehen je... hahaha

    ReplyDelete
  4. waaa kurus kering lah u sheila zmn2 bujang yer!! MZ paling kurus pun 49 kilo jer tu pun few months sblm kawin (sbb gigih join gym)

    ReplyDelete
  5. Meresap terus loghat Perak dalam diri Ammi. Libang libu ni loghat Perak rupanya. Saya ingatkan bahasa puitis gitu. Dia macam galau lah gitu kan.

    ReplyDelete
  6. Orang Tepeng memang cakap utara, sebab lokasinya dah belah utara Perak. Hehe..
    Betul la tu, gelisah, maknanya.

    ReplyDelete
  7. Saya lahir di perak sambil angkat tangan tapi....tak pernah dgr perkataan libang libu.

    ReplyDelete
  8. 2001 Cie SPM. Hihi. Loghat perak ada juga sikit2 macam pahang. Arwah opah suami orang Kuale.

    ReplyDelete