Townhall Superisme2327 kali ke-3

Hari Ahad seawal jam 9 pagi kami dah gerak ke Melaka.  Tapi awal pagi lagi sebelum sarapan abahnya dah ke rumah kakak ipar pinjam kereta anak buah.  Boleh pulak kereta kami jerking tiba-tiba masa keluar dari Aeon.  Dah serupa kena demam malaria gigil-gigil kami kat dalam kereta.  Doa jelah bebanyak semoga kereta tak sangkut kat tengah jalan.

Masalah naik kereta orang muda ialah enjin mengaum lain maciam.  Dah kita nak bercakap kat dalam kereta macam kena cakap kuat-kuat.  Sudahnya kita diam jelah takyah cakap.


Ini sessi townhall ke-3 untuk batch Superisme2327.  Tapi baru 2 kali je ammi pergi.  Kenapa ammi tak pergi yang kali pertama entahlah.  Sesi townhall ni lebih pada post mortem keputusan periksa anak-anak, kita tengok duit PIBG disalurkan ke mana, apa halatuju kita sebagai ibubapa untuk kemenjadian anak-anak dan macam-macamlah.

Disebabkan keputusan matematik dan sains agak merudum, makanya pihak SARANA mula cari jalan untuk baiki keadaan ni.  Jadi kita buat tuition berbayar seminggu sekali selama 2 jam pada waktu prep dan kita mulakan dengan subject math dulu.  Tapi tak ada paksaan pun, kalau ada parents yang taknak anak dia join tiada masalah.  Anak dia boleh je prep macam biasa.  Undian untuk subject sains pun boleh tahan ramai yang setuju, jadi kalau ada silalah buat juga.  Ammi tiada masalah kalau itu yang terbaik untuk anak ammi.  Terima kasih SARANA Superisme yang hyperactive.


Kami geng mak-mak Temenggung.  Alhamdulillah, kami agak rapat juga walaupun ada yang ammi kenal rupa tapi tak kenal nama.  Ammi ada masalah ingat namalah lately ni.  


Tapi sebelum sampai sekolah pagi tu kita singgah tapaukan lauk tengahari dia ni kat Marrybrown dulu.  Kami tak boleh nak bawa dia lunch sebab nak rushing hantar Kyra pula lepas tu.  Dan dak no. 2 ni salah pakai baju.  Patutnya kena pakai baju batch tapi dia lupa bawa balik.  Pakai jelah dulu baju korporat tu.

Sempat juga ammi ke pharmacy carikan budak ni ubat sinus.  Pagi tu tetiba bersin tak henti pulak dia.  


Ek ehhhh muka kita masuk dalam kamera cikgu.  Aucakkkk.


Menggelupur member naik dorm tukar baju.  Haaa barulah seragam.


Ammi tak tunggu habis pun program ni sebab kami perlu hantar Kyra ke stesen KTM.  Paling hampir pun stesen Pulau Sebang yang lebih kurang satu jam juga nak sampai ke situ.  Dengan jalan yang merah merata-rata sebab cuti hujung minggu yang agak panjangkan.

Kali ke2 Abah dan Ammi pakai uniform parents.  Tak wajib pun beli tapi kita support anak kita.  Dalam gambar baru perasan ehhh si bongsu ni pun warna baju dia sama dengan kita.  Black & yellow.


Budak yang sedih terpaksa meninggalkan abah ammi handphone.  Beriya dia cakap "abang sedih ni ammi, abang sedih sangat kena tinggalkan handphone".  Chehhhhhh, pergi kau minta handphone tu bayarkan duit belanja kau. Hahahahahha.

Terik betul cuaca di Melaka haritu.  

Semoga kelas tuition yang dirancang bermula bulan Julai ni berjalan lancar dan semoga result periksa akan datang pun lebih baik lagi.

Post a Comment

6 Comments

  1. alaa.....sedih nak tinggal hp, sabar je la kann
    hujung bulan ni...aku plak hantar Ian balik poli .. dah 2 bulan cuti

    ReplyDelete
  2. bagus betul ammi rajin join semua aktiviti kat sek anak2

    ReplyDelete
  3. Bestnya ada baju batch utk parents juga...
    Bagus ada early intervention utk subjek core ni. naik upper form nanti lagi tough syllabus nya

    ReplyDelete
  4. sedih tinggal hp..hehe kelakar la itu budak..

    ReplyDelete
  5. Terbaiklah Ammi dan Abah pakai Uniform parents support anak. Apa yang baik tu kita sokong. Semoga mereka lebih mudah belajar dan mendapat keputusan yang cemerlang.

    ReplyDelete