Semenjak Kyra dah rajin masuk dapur untuk buat sendiri "manisan" dia, ammi dah tak ambil port tentang itu. Ammi memang serah kat dia je. Selalu dia akan ikut abahnya kalau nak beli barang keperluan "baking" dia.
Tapi, kalini ammi ambil keputusan untuk buatkanlah something untuk dia sebab kami pun memang nak gi visit dia hari Sabtu. Buat yang mudah-mudah je sebab kalau yang complicated sangat ammi ni bukan reti pun.
Balik dari ambil Khilfi, ammi terus ajak abah beli bahan. Bahan utama ada, bahan sampingan yang tak ada. Susu dan butter.
Sampai rumah selepas jam 6 petang dan ammi puaslah tahan mata jangan lelap, tapi ammi terlelap juga. Badan jadi letih sebab panas sangat kot cuaca. Rasanya tertidur dalam 15 minit je tapi lepas bangun terus segar. Rasa macam dah puas nau tidur. Amazinggg.
3-4 kali tengok video kat TikTok. Dan jadilah juga. Cuma 4 bahan. Butter, susu pekat, serbuk chocolate + koko, biskut marie.
Padat-padatkan dalam tray tapi payah pulak nak ratakan dia. Ammi tengok video kat TT tu elok je lawa bahagian atasnya tu licin cantik. Ammi punya..hmmmm. Belasah jelah. Dah gi duduk dendiam dalam peti ais. Sok pagi baru ammi potong.
Sambung pulak buat perkara ke dua. Masa bulan puasa haritu Kyra beli sampai 2 bungkus nestum. Tapi masa agak suntuk untuk dia buat. Jadi ammi tolonglah buatkan.
Ammi beli barang di Family Store je dan ini je cooking chocolate yang ammi jumpa. Belasah jelah beli. Malas nak mencari-cari ditempat lain sebab badan rasa letih plus mengantuk teruk masa tu.
Guna teknik double boiling. Ecehhhh...macam bagus je ayat ahaks.
Kita gaul rata nestum dan coklat tadi pastu mampatkan camni pastu sejukkan dalam peti ais. Patutnya sebelum masuk dalam peti ais kena potong dulu sebab nanti dia keras. Ammi tak ingat langsung.
Jenuh weiii nak potong walaupun hampir 1/2 jam juga ammi keluarkan dari peti ais. Ammi siap celup pisau dengan air panas pastu ketuk pakai batu tumbuk. Ok...lain kali memang tak boleh beli coklat masakan tu sebab manis leting. Biasa Kyra guna yang Beryls Dark Compound Chocolate tu. Adalah rasa pahit-pahit sikit.
Potong juga kek batik tanpa seni. Rupa tak berapa nak elok tapi rasa macam sedap je. Ammi guna salted butter, jadi rasa manis + masin-masin manja gitu. Simpankan sebekas untuk Alip sebab ini jelah satu-satunya kek yang dia makan. KEK BATIK!
Baru dapat berita tadi hujung bulan 8 Kyra boleh balik. Alhamdulillah. Kalau ikut jadual sebenar pertengahan bulan 9 baru balik.
2 Comments
wah kek batik lama dah tak buat padahal paling senang sebab tak kena bakar. saya suka yang lembab sikit sebab kadang ada orang buat keras.
ReplyDeletelama tk buat kek batik
ReplyDelete