Hari Khamis ammi keluar dari office sekitar jam 4.30pm. Naik grab terus je ke office adik ipar dan kemudian kami ke KLIA.
Abah dan anak-anak gerak dari Seremban lepas semua siap. ETS Kyra tiba di Seremban jam 4.53 petang. Lepas jemput Kyra, terus je ke sekolah Alip pulak. Anak di Melaka sebelum tengahari dah sampai, anak di Segamat sebelum pukul 5 dah sampai. Anak yang bersekolah di Seremban yang paling lewat habis kelas. Jeles seketul bongsu ni.
Sampai je rumah, mandi-mandi dan terus je dorang gerak ke KLIA dari Seremban.
Kami semua mana yang sempat berkumpul di sana sebab nak hantar Adam yang akan mula mencari rezeki di negara matahari terbit. Disana nanti Adam akan menjalani training selama berapa bulan ntah sebelum ke Australia. Tawaran dah diterima penghujung tahun lepas tapi ada aral pula masa tu. Isterinya disahkan mengandung anak ke-2 jadi dia cubalah untuk mohon penangguhan dan Alhamdulillah diluluskan. Kalau dah rezeki tak kemanakan.
Insyaallah, Adam pergi dulu untuk uruskan rumah dan lain-lain persiapan dan nanti isteri serta anak-anak pula menyusul. Itu yang kakak ipar ammi kata "ini baru nangis part 1". Aduhaiiii Adam anak sulung kaklang, jadi biasalah mak-mak dengan anak sulung ni connection dia lain maciam sikitkan. Kita pegang je bahu kaklang, kaklang nangis. Tengok je Adam kaklang nangis. Dan bila tengok orang nangis ammi pun join sekali. Ammi bukan boleh.
6 Comments
all the best Adam... pernah lalui ini semua..memang cedih & drama air mata..
ReplyDeleteHebatnya bekerja di luar negara! All the best
ReplyDeleteSeronoknya kerja kat tempat orang...Japan training lepas tu Australia...the best part bleh bawak wife dan anak- anak....memang syok
ReplyDeletemantap lahhh bekerja di luar negara! All the best
ReplyDeleteSeronoknya dapat kerja kat Jepun. Dapat masa training pun okaylah. Ada pengalaman di situ. Semoga terus berjaya dan Allah permudah segala urusan. Itulah tu, kita bukan boleh kalau orang nangis² ni, auto nak join sekali. Pengorbanan abah kena drive kesana kesini supaya semua orang dapat berkumpul. Bukan senang nak jumpa ramai-ramai macam ni kan.
ReplyDeleteRamai yang mengantar, bagus silaturrahim keluarga Ammi 👍🏻
ReplyDeleteHensemnya anak #2 tu .. macam lain sangat dgn kecik² dulu.
Semoga dipermudahkan urusan Adam di tempat orang 🤲🏻