Setiap pagi Sabtu sekarang ni Alip ada training bola sepak untuk kelab. Dulu training hari Ahad tapi sekarang dah tukar ke Sabtu.
Pagi ammi siapkanlah sarapan dia sikit sebelum pergi training. Tapi Alip memang tak boleh habiskan pun, selalunya dia akan makan satu je. Tapi oklah risau muntah pulak kalau terlebih makan. Tak makan langsung pun ammi risau dia masuk angin pulak.
Balik dari training, dia sambung makan bahagian yang dia simpan bawah tudung saji. Masa dia training abah dan ammi dah gi dating sarapan di kedai. Pastu terus gi beli apa yang patut untuk masak tengahari.
Lepas dia makan, mandi semua dia tolong ammi kat dapur jap. Sebab dia nak makan coleslaw jadi marilah, sila sagatkan carrot, mix-mixkan semua lepas dicampur mayo. Selesai bahagian dia membantu ammi cakap "Alip gi ambil buku contoh karangan, baca dulu karangan bentuk fakta, pastu buat satu soalan karang kat buku Mathzier tu".
Ammi selesai masak, masuk bilik dia nak tengok apa kejadian karangan.
Pukul 12.30 tengahari.
Wahhhhh sejuk betul Seremban. Tetengahari rembang dia boleh berselimut tidur dengan buku di dada. Suruh baca buku contoh karangan, buku teks yang dia baca.
Anak oh anak. Harap-harap dia dapatlah jawab peperiksaan dia dengan baik. Minggu ni memang minggu peperiksaan sekolah kebangsaan. Minggu depan periksa sekolah KAFA pulak.
5 Comments
Dah agak dah...aduhai anak...Seremban punya la panas awak berselimut erk....
ReplyDeleteMoga dipermudah kan semua exam nya.
ReplyDeleteda boleh agak apa akan jadi, hahahaaa...
ReplyDeletegoodluck for exam, success!
Tergelak baca sejuk betul Seremban. Sejuk lah tu sampai berselimut. Buku yang baca dia ek. Penat sangat tu training sampai tertidur.
ReplyDeletebetul betul fokus ni
ReplyDelete