Sejak ammi kerja di office yang sekarang ni, inilah kali pertama ammi attend kursus. Itu pun sebab fasa implementasi e-invoice untuk perniagaan fasa 3 telah semakin hampir. Kami bukan syarikat juta-juta ringgit. Jadi kami berada di fasa 3. Ammi lah yang pergi sebab memang ammilah orang yang issue invoice di office ni. Dan lepas dah daftar dan bayar, tetiba kata ehhhhh implementation untuk Fasa 3 ditangguhkan ke Januari 2026. Apooo??
Tapi dah bayar pergi jelah.
Seawal jam 7.55 pagi ammi dah sampai di stesen Salak Selatan. Katanya inilah stesen paling hampir dengan lokasi. Senyap sunyi je stesen ni. Kalau waktu tak puncak lagi sunyilah kot. Sesambil tunggu grab ambiklah gambar. Bolehlah kononnya jadi idea nak menulis kat sini.
Dan sayalah orang pertama pada hari itu. Cari port yang ada plug point. Senang nak charge laptop dan phone nanti.
Isilah perut sikit. Memula ingat nak IF je tapi laparlah pulak pagi ni. Air ni warnanya seperti nescafe o yang tak pekat, tapi rasanya seperti teh o. Ohhh saya keliru disitu.
Hampir ke jam 9 pagi, berapa kerat je yang baru hadir. Hmmmm.
Dari corridor tempat kursus ni dapat lihat SMA MAIWP. Sekolah yang pernah anak-anak ammi idamkan dulu. Kyra dan juga Khilfi put a lot of effort untuk temuduga. Tapi rezeki mereka bukan di sana.
Di antara ruang utama dan bilik kursus kami akan jumpa laluan ini. Ammi terus terbayang drama Curang Tanpa Niat. Banyak scene drama tu di 'lokasi' pejabat yang suram dan gelap camni.
Yeayyy jumpa gambar group photo kami. Cuba teka saya yang mana?
0 Comments