Sehari sebelum Kyra balik ke asrama kami pergilah membeli barang keperluan dia dan Khilfi. Barang Khilfi standardlah - deodorant, shampoo, shower gel. Khilfi bagi list je kat kakak sebab dia nak pulun last kopek main game kat rumah.
Barang Kyra dalam list memang biasa. Ibarat campur barang Khilfi dan Kyra cukup sekadar satu plastik je masa di counter. Sampai di lokasi terus jadi "luar biasa".
Penuh tangan kiri kanan dan ayat dia "its okay ammi, biar kakak je yang bawak semuaaaa". Hahhahaha rasa bersalahlah tu.
Hari Isnin tu patut lepas hantar Kyra ke station keretapi abah perlu ke Melaka pula hantar Khilfi. Tapi malam Ahad tu adik ipar ammi (Umi) call bagi tau pepagi esok dia sampai rumah. Dia memang nak ke Melaka jadi nanti dia jemput Khilfi dan drop off di sekolah.
Mujur jugalah Umi tolong hantarkan Khilfi. Train Kyra delay for almost 1.5 hours. Jadual asal 1.39pm ETS akan tiba di Seremban tapi jadi delay sebab masalah berpunca akibat kehilangan cable di stesen Kampar kalau tak silap.
Sebab dah dimaklumkan oleh petugas KTM jadi dia perlu scan masuk ikut waktu sebenar dan boleh datang semula lepas 1 jam. Sempatlah gi solat zohor dulu dan dia pauuuu abah dia pulak kat A&W.
Ammi sampai rumah petang tu, lepas dah selesai dinner abah kata "kakak ada tinggalkan awak mende ntah dalam fridge tu". Ammi gi tengok...ohhhh tteokbokki. Tapi banyaknya lahai dia simpankan.
Sebab dah dinner, jadi esoknya ammi bawak jelah ke office. Jadilah ini lunch untuk ammi di hari Selasa. Bukan selera ammi sangat sebab rasa macam makan chewing gum gitu tapi dah namanya rezeki dan usaha anak kita, takkan kita nak buangkan.
Thank you love.
17 Comments
Ritu Isnin kawan² Wafi yang naik ETS ke SP pun delay 1 hr... takleh brain betul sapa yang curi cable tu. Dah susahkan orang lain.
ReplyDeleteehh... betullah tteokbokki tu kenyal sangat.. penat nak kunyah 😅
standard la tu kan....
ReplyDeletetteokbokki..aku pun x suka sgt..Iris suka la ni
bdk2 skarang suka menu korea tp tteokbokki tu kita bole mkn sesudu je la wat ngaso2
ReplyDeleteBestnya anaknya buatkan tteokbokki untuk ibunya. Anak perempuan biasanya lebih prihatin. Deme-deme yang suka curi kabel tuh elok dirembat je. Geram sungguh menyusahkan orang yang menggunakan perkhidmatan ETS apa semua. Anak-anak dah pulang ke asrama, ibunya sure sunyi sikit ye
ReplyDeleteKemahen berendeh ya tangan tu, Kyra. Ialah, nak pau siapa lagi kalau bukan abahnya.
ReplyDeleteSweetnya Kyra siap simpankan tteobokki kat Ammi dia...lama la Kyra terkandas kat KTM hari tu...kesian dia..
ReplyDeleteSuka tteokbokki ni tapi bila kunyah boleh lenguh mulut. Hehe....
ReplyDeleteYang takde dalam list lagi banyak erk
ReplyDeleteBiasalah tu kita pun kadang gitu senarai ada 10 barang tp terbeli sampai 20 barang hehehhe...
ReplyDeleterezeki dapat tolong hantar kan
ReplyDeleteUncle pun nak komen sama dengan wak Warisan Petani
ReplyDeleteBrg yg kita nak beli tiba² bertambah saat² akhir itu biasa Ammi. Magic lah katakan. Hihihi
ReplyDeleteorg pompuan mmg sllu brg btambah lebih drpd yg dlm list hehe
ReplyDeleteCable pun nak dicuri, menyusahkan orang lain.
ReplyDeleteSama jugak kalau shopping barang dapur. List 10 jadi 20 atau lebih.
Hahahahahah memang ya tteokpokki nih chewy sangat 😄😄. Saya pun biasa saja. Tp suka kalau saus dia pedas kak. Kalo tak pedas, dah laah, sikiit je makan 🤭.
ReplyDeletetteokbokki tu MZ pernah lah try beli/mkn kat CU mart tp tak kena dgn tekak i laaa hahahah so my ariff jer yg mkn
ReplyDeleteSaya tak pernah makan teokbokki. Biasa beli barang keperluan anak balik asrama, memang banyak barang. Bila kat pasaraya, macam-macam dibeli deme. Hehe..
ReplyDelete