Ini kisah tentang Khamis

Ye, ini kisah tentang Khamis bukan kisah tentang bulan.

Khamis lepas, agak awal juga ammi sampai di Central Market.  Ramai yang ambil cuti agaknya.  Yelah Jumaat tu kan cuti.

Dalam bus pagi Khamis tu ammi tak boleh nak tidur sangat sebab lapar bukan main lagi.  Baru teringat, dinner malam sebelumnya ammi cuma makan maggi je sebab beriya ammi dan abah ke Food Fest di satu masjid berhampiran rumah tapi hmmm ammi macam tak rasa nak beli apa-apa pun.  Macam tak ada rasa je nak makan makanan yang dijual tu. 

Sampai di stesen MRT Pasar Seni, ammi singgah beli kuih kejap dan ehhhhh


Bertutup roller shutternya.  Akak yang jual kuih kata ada announcement pasal kebakaran tadi tapi dia pun tak pasti.  "MRT boleh naik lagi, tapi kena pakai lift", katanya.


Huhuhuhu...sekian punya panjang beratur nak naik lift.  Trip ke berapa baru dapat naik ntah.  

Kejap tu dengar bunyi roller shutter dibuka.


Ha...kesian yang terperangkap kat dalam ni.  Tapi Alhamdulillah, stesen dan MRT beroperasi seperti biasa.  Apa masalah sebenarnya entahlah.  Biarlah mereka yang uruskan.

Sampai di MRT Phileo ammi terus pergi ke bawah flyover.  Kat situ ada satu gerai nasi lemak.


Beli nasi lemak paru dan telur mata.  Tu diaaa...makan macam nak pergi menoreh.


Minum pulak kopi o tanpa gula.  Memang sentiasa kena tanpa gula sebab kat office ammi tak ada gula pun.  Ammi manjang je terlupa nak beli gula.  Beli gula 1kg kat office, boleh tahan sampai 2 tahun rasanya.  Ammi siap simpan gula tu dalam peti ais.  


Dah pepetang masa nak balik tu baru teringat, ohhhhh ada beli kuih abok-abok pagi tadi kat stesen MRT Pasar Seni.  Ammi cukup suka kalau kuih berasaskan sagu.  Mujur tak basi.  

Dah makan semua, marilah cari grab pulak.  Ammi nak singgah di office adik ipar sebab kami nak sesama ke KLIA menghantar anak buah yang dapat rezeki kerja di luar negara.

Post a Comment

5 Comments

  1. Terus rasa macam nak nyanyi...Ini kisah tentang bulan. hihi...
    Malam sebelum tidur kalau makan mi maggi, pagi tu memang lapar ya amat. Haru kalau pagi-pagi perkhidmatan tergendala. Mujurlah tak lama. Lambat lah masing-masing masuk kerja. Kuih abok-abok macam tak pernah makan lagi. Ada sagu ek. Macam best. Ingatkan pulut tadi. Tahniah anak buah Ammi dapat peluang kerja di luar negara.

    ReplyDelete
  2. Nasi lemak tu nampak sedap....paru pun sedap, telur pun sedap....

    ReplyDelete
  3. Kuih abok2 tu beli kat kedai atas tu ke? nak kena pi beli ni...hahaha..semata nak beli kuih ke Pasar Seni plak..Kak Ton jual nasi elmak lagi tak?

    ReplyDelete
  4. bagusnya ammi minum kopi tanpa gula!

    ReplyDelete
  5. uish..suspen kejab ye.. baru plan nak patah balik.. ha ha.. xleh nak gi keja.
    yg pasal mesin coins kat maybank tu..semua jenis syiling boleh je.. aku yg gatai kumpul coins gold tu.

    ReplyDelete