Hari Jumaat (sehari sebelum Aidil Adha) ammi bekerja. Tapi sebelum jam 5 petang ammi dah sampai rumah. Dah terawal sangat makanya jomlah tanam benih bunga matahari yang Nur bagi tu. Kita kill kids time yang sedang berpuasa.
Beli pasu kat DIY je. Dah masukkan benih macam yang ditunjukkan kat "manual" tu pastu ko tercari-cari ehhhh mana benihnya. Ahaksss. I tak nampak mana benihnya. Tak apalah...semoga tumbuhlah bunga matahari itu disitu.
Dia tukang spray katanya. Baiklah. Sikit je dah...karang banjir pasu ammi yang "terror" bercucuk tanam ni.
Dah alang-alang tangan tu kotor jomlah kita kotorkan terus.
Kita tanam sayurlah pulak. Bekas panjang ni arwah mama yang punya. Masa mengemas kat dapur luar ammi nampak. Kita try tengok...jadi apa.
.png)
Masa beli benih tu ada beli baja tahi ayam juga. Tokey kat nursery kata baja taik ayam elok gemukkan pokok.
Ammi tanam siew pak choy dan bendi dulu. Cili tu kita hold dulu sebab ammi ada beli sepasu pokok cili yang dah tunggu masa nak berbuah je.
Ayat Kyra..."uitttt my mom is so random. She came back from work, tak masuk rumah terus tanam pokok"...."are you okay ammi?"... ahaksss. Dia pun tanjat kotlah ammi dia terkena sampuk ke apa masa naik komuter tadi.
Masa sekolah rendah dulu budak kelas ammi selalu kena gi kelas sebelah pastu nyanyikan lagu kat kawan-kawan kelas sebelah yang belajar muzik. Motif apa ntah cikgu muzik tu. Ammi lupa nama cikgu muzik darjah 2 tu.
Antara lagu yang kitorang nyanyi berulang...
Kembang diwaktu pagi
Daunya hijau bunganya kuning
Memikat kumbang lalu
Korang yang sebaya ammi, kita nyanyi lagu ni kan dulu masa sekolah rendah? Ke ammi terbawa-bawa lagu bunga matahari cerita upin ipin?
2 Comments
hahah cute betul entry ni esp random question by kyra tu
ReplyDeleteWah random ni ahak 😆
ReplyDeleteItu lagu upin ipin kot Ammi... Kita dulu nyanyi lagu Matahari by Maya tu...
Bunga-bunga matahari anggun mekar
Di taman sari warna jingga
Suntingan hati
Bagai tanda kasih bersemi...