Kami ke Rock Lemon lagi

Awal bulan 5 haritu, tetiba hati terdetik nak berkhemah lagi.  Last kami sekeluarga pergi camping bulan December haritu.  Tanya Kyra dulu, and dia kata nak.  Yessss.  Kalau dia taknak ammi pun rasa tak syok kalau nak pergi.  

Beriya abang ipar ammi carikan tapak untuk kami supaya 3 tapak boleh duduk dedekat.  Tapak yang ada flysheet (bumbung canvas) dah fully booked, yang tinggal yang tak ada flysheet dan disebelah atas.  Ni kira kawasan baru.  Ada 6 tapak je.  Ok je...kira on.


Makanya, Kyra balik hostel 31.5.2025 (Sabtu) hari Ahad tu kami gerak.  Ammi suruh dia prepare baju dia je sebab benda lain semua kami yang lain dah siapkan.  



Perkhemahan kali ni tak banyak pun gambar.  Ammi lebih kepada melayan diri tanpa pegang handphone.  Kita borak, kita chill-chill sambil minum kopi, makan cekodok. Yang join kalini family ammi (termasuk dadek), family along ammi (termasuk 3 orang anak buah belah suaminya yang dah besar) dan family Nuar (adik ipar along ammi).  

Campsite Organizer (CO) kata kami boleh check in pagi sebab dia memang kosongkan tapak ni.  Kalau ada orang masuk hari Jumaat Sabtu tu memang tak dapeklah nak masuk awal pagi hari Ahad tu.  Yelah, standardlah check out time pukul 12 ke atas.  Kang orang tu nak dismantle khemah bagai kan.  


Ini assistant dapur ammi.  Dirumah, di campsite dialah yang rajin hulurkan tangan.  Masa ni sebenarnya dia tengah mandi kat sungai, dia nampak ammi dah berdiri kat situ, dia naik tukar baju dan tolong ammi masak.  So shuwiittt lah you my son.


Kyra?  Dia memang acik cleaner.  Dirumah dan dicampsite jawatan itu tetap kekal.  Acik cleaner.  Kat sini lagilah...menyapu sesaja sebab berpasir.  Ammi ada letak alas kaki sebelum masuk khemah.  Tapi budak 2 ketul yang kecik tu biasalah...dia lap kali gitu-gitu je terus masuk.  Ada sekali tu masa sujud wooo tanjat ammi ada pasir besar kat dahi.  Sakit woooo.


Batu-batu ni anak buah along (dak Lokman) yang susun.  Lawanya lahai.  Rasanya 3 hari kami kat situ, hampir setiap hari dia menyusun batu tu sorang-sorang.  Adik-adik yang lain sambil main air sambil carikan batu untuk abang Long.


Tengok ada gambar ni kat phone...ok kita masuk kat sini.  


Gambar atas, masa on the way ke campsite.  Dari awal pagi dadek dan alip dan tanya "pukul berapa nak gerak, dah boleh siap-siap ke"... jap lagi kita gerak.  Pergi pastikan makanan kucing cukup, air kucing cukup, tempat oooit dia dah bersih dulu.  

Masa pergi tak ada sorang pun yang tidur.  Masa balik semua lentok.  Kami berhenti beli air pun tak ada yang sedar.  Masa kejutkan dorang dan hulurkan air semua mamai.

Gambar masakan ammi buat entry lainlah.  Banyak juga masakan yang ammi tak ambil gambar.  Kadang-kadang tak sempat nak siap, dah dapat soalan, "lama lagi ke nak makan?"  "Ammi masak apa?".  Kalau Alip dan Dadek kat dalam air ammi lega sikit, bila dorang naik je menggelupur ammi kalau tak siap masak.  Macam kesian pulak bila dorang tanya makanan.

Post a Comment

0 Comments