Facial pertama si bujang

Lately ni muka Khilfi sangat banyak jerawat especially di bahagian dahi dia.  Bila sentuh dahi dia terasa tajam-tajam je mata jerawat tu.  Ngeri pulak kita ni.  Ammi belikan pencuci muka dia buat pekasam je.  Dia belasah je either shampoo or shower gel dari atas sampai ke bawah.  

Minggu terakhir persekolahan sebelum cuti lagilah.  Semua sekolah kan sibuk dengan sukan dan camtulah juga sekolah dia.  Sebab dia bukan "ahli sukan" jadi dia terpaksa join perbarisan kawad.  Lagilah bertambah ireng dan geseng seketul anak yang memang bukanlah cerah mana pun.


Since form 1 dia join PKBM.  Persatuan Kadet Bersatu Malaysia.  Tapi katanya macam next year kena tukar kepada Bomba sebab PKBM agak kurang aktif disekolah dia.  Apa-apa jelah....jangan uniform tu bapak mahal sudah.

Jadi hari Rabu disebabkan ammi cuti, ammi angkut dia ke town.  Ammi sebenarnya nak berurusan di bank.  Nak tutup akaun Bank Rakyat anak-anak dan transfer duit ke TH je.  Letihlah tiap 6 bulan akaun jadi dorman sebab ammi tak buat transaksi.  

Selesai di bank, ammi jalanlah kejap ke bangunan KM Plaza.  Bangunan ni dulu happening gak tapi sekarang sendu sungguh.  Sampai situ, kedai facial Mustika Ratu di Ground Floor tutuplah pulak.  Nasiblah mulut ni ringan bertanya kat penjual yang lain. Katanya kat tingkat 2 ada juga facial.  Ohhhh ada lagi rupanya kedai itu, walaupun keadaan kat atas tu sangatlah "hidup segan mati takmau".  Ammi ingat pernah datang kedai Shahnaz Herbal ni dulu, cuci rambut sebab staff kat situ dulu kawan arwah mama.


Kakak ni buatkan basic facial je untuk Khilfi sebab katanya "dia budak lagi".   Dia caj pun RM50 je.


Terjongket-jongket kaki member masa ammi intai sebab sakit masa akak ni picit jerawat-jerawat.  Sempatlah juga dia berdengkur sampai ke luar ammi dengar.  

"Taubat abang nak buat lagi, sakitttttt".  Haaaa silalah jaga muka tu kalau taknak ammi heret awak ke tempat macam ni lagi.

Malam tu beriyalah dia ikut arahan kakak facial tu..."nanti balik malam, you ambil ice gosok-gosok dekat muka, biar pori-pori tutup semula".  Tak memasal je menjejeh2 air ais kat rumah.

Ireng adalah hitam dan geseng adalah hangus.

Post a Comment

5 Comments

  1. Ammi pesan dengan Khilfi, kalau cuci muka tu gosok pelan² dan lembut² jet, jangan kasar², nt jerawat tak tumbuh lagi dah. Mungkin ambil masa yg lama la nak pulihkan balik. Sayang, kita tahu petua ni lepas dah kahwin. Tipu untuk elak jerawat keluar semula.

    ReplyDelete
  2. orang yang aktif kokurikulum memang begitu ....dulu Taufik pun penuh muka jerawat nya huhuhuhu....

    ReplyDelete
  3. anak-anak yg aktif byk aktiviti outdoor mmg kulit jadi camtu hehe

    ReplyDelete
  4. seumur hidup ni saya tak pernah wat facial. sib baek la muka tak senang jerawat nak tumbuh..

    ReplyDelete
  5. "tengok nasi tu, nanti geseng", kata ibu kepada anaknya...
    Ehhh, tapi tu dulu.. Sekarang semua rice cooker..

    ReplyDelete