Masak apa masa camping

Ammi tak story lagi makanan apa yang kami makan masa pergi camping haritu.  Kita buat yang senang-senang je.  Ini pun untuk my future reference juga sebab tiap kali camping mesti terfikir-fikir nak masak apa yang mudah-mudah.

Setup interior khemah macam biasa ammi serahkan pada Kyra.  Kalini dia ada extra assistant (Alip dan Dadek) sebab ayat dia "jangan berani-berani mandi sungai, sebelum siap kemas".  


Rasa macam kurang tegang pulak khemah kami kalini.

Khilfi tugas dia tolong abah dan ammi setup bahagian luar khemah, tarik extension plug, susun lampu-lampu, tegakkan ammi punya rak letak pinggan, pasang rak dapur.  Meja kerusi tu Alip dan Dadek yang pasang.  Good job children.


Day 1 

Lunch - Sup suhun pecah telur (campur fishball), sambal belada bilis.

Ammi dah sesiap masak sambal dari rumah.  Kat sini ammi cuma goreng ubi dan ikan bilis je.  Then mixkan.  Jiran sebelah khemah (along ammi) pulak bagi rendang ayam maman.  

Teatime - ammi goreng fries je cicah dengan sos.  

Dinner - kami buat BBQ.  Bahagian ammi bawa ikan cencaru dan ammi buat juga cili kicap untuk cicah.




Day 2

Breakfast - Mee goreng basah, nasi goreng telur (baki nasi masa lunch day 1) dan scramble egg.

Lunch - Ayam masak lemak tak pedas, beans goreng dan sambal gesek.  Sambal gesek memang ammi dah prepare dari rumah.
 
Teatime - Goreng fishball dan baki fries.

Dinner - ratah lauk lunch sebab semua orang kenyang tapi ammi risau masak lemak tu basi.  


Lauk sarapan




Lauk lunch...ini je yang teringat nak dirakam.  Taktaulah sayur goreng bersama udang atau udang goreng bersama sayur.  Sama je banyaknya udang dan sayur sebab polisterin box ammi tu mcm dah tak function sangat.  Hampir cair udang ni.  

Ammi kena kumpul duit beli cooler box yang proper kot.  

Day 3

Breakfast - nasi goreng pedas (ammi campur je dengan sambal gesek dan pecahkan telur), maggi kari, dan grilled sausages.  

Lunch - Meatball spaghetti (gambar tiada)


Abah letak gambar ni dalam group family dan mama si dadek reply "wahhhhh anak mama makan nasi goreng".  Ammi taktau pun dia ni tak suka nasi goreng.  

Ayat sorang lagi adik ipar "alaaaaa...dengan mama semua dia taknak, dengan orang lain ok je".

Tapi memang betullah, day before ammi buat nasi goreng tak pedas pun dia tak makan.   Dia makan mee goreng.  Lepas ni kena buat nasi goreng tanpa other option.  Kita tengok cemana peginya.



Periuk bosa maggi.  periuk kocik nasi goreng.  Seeeeee yang besar habis dulu.  Dah nama pun maggikan...sapa jelah tak suka.

Biasanya lepas masak ammi akan bagilah kat jejiran sepiring.  Buek ghaso-ghaso orang kata.

Post a Comment

19 Comments

  1. seronoknya..menu simple2 pun sedap dah.

    ReplyDelete
  2. Seronoknya nya camping. Betul time camping maggi yang laku.

    ReplyDelete
  3. Seronok betul camping ha....jeles lak kito nengoknyo....

    ReplyDelete
  4. Ayat keramat seorang kakak. Mahunya adik-adik tak menurut. Tak pasal kang ada yang menangis. hihi..camping ni masak mudah-mudah je. Biasanya licin sebab lepas berendam tu cepat lapar. Masak apa pun habis kan. Dari tak makan jadi makan. Gituuu...

    ReplyDelete
  5. Sedap² belaka menunya...
    Megi tu masak la bila pun, confirm habis licin ahak!

    ReplyDelete
  6. waahhh bestnya camping masak-masak! tp time camping mkn yg simple2 camtu mmg licinnnn hehe

    ReplyDelete
  7. Wah! Ini dah macam makan kat rumah dah ni... Best!

    ReplyDelete
  8. Seronok aktiviti macam ni, nak dapat yang boleh pakat2 satu family pun susah sebenarnya jadi tahniahlah. Banyak juga aktiviti memasak, selain memasak dan mandi2 apa lagi aktiviti boleh buat?

    ReplyDelete
  9. meriah betul. dah macam makan kat rumah je ha.

    ReplyDelete
  10. Senang juga ya dah prep bahan dulu.... macam masak dan makan kat rumah je.

    ReplyDelete
  11. seronok bercamping tu..menu masakan pn sedap

    ReplyDelete
  12. masa camping kan, masak telur pun dah sedap tau...
    ini kira bukan simple ni, mcm makan dkt rumah..bestnya

    ReplyDelete
  13. Rajinnya Ammi masak macam-macam menu masa camping. Macam masak dekat rumah meriahnya. KSarie yang makan bubur je sebab demam ni tengok menu Ammi dalam entri ni terus lapar jadinya.

    ReplyDelete
  14. Seronok juga camping macam ni masak sendiri semua. Pernah camping dengan adik beradik tapi Glamping. Makanan disediakan oleh Tanah Aina Fahad. Berselera makan lepas mandi sungai.

    ReplyDelete
  15. Saya lihat bagian dalam kemah kakak, langsung teringin pula beli kemah 😄😄. Nampak luas ya kak..

    Kalo masak2 pas kemping, rasanya mau yg simple pun pasti terasa sedap 🤭. Mungkin Krn makan dengan suasana alam. Jadi membantu naikkan appetite.

    Tp yg kakak masak, memang lah sedaap. Makan sambil mendengar suara air sungai mengalir, beuugh nikmatnya itu 😍😄

    ReplyDelete
  16. menunya semua sedap laaa!! terbaek la masak2 camping ni

    ReplyDelete
  17. Saya ada nak tanya, tapi ammi dah cakap. Camana bawa bahan mentah masa camping, seperti ikan dan udang. Guna polisterin box rupanya. Saya ada juga ternampak, rasa nak beli. Sebab suka pergi pasar pagi jauh-jauh, ambil masa lama sampai rumah, beli supaya bahan mentah tahan sampai rumah.
    Sedap masakan ammi masa camping. Mesti budak-budak lapar selalu, sebab mandi sungai. Khemah sudah serupa rumah dah ni, lengkap peralatan semua.

    ReplyDelete