Semalam hari Khamis dan ammi kerja macam biasa.  

Di sekolah Khilfi ada hari Jejak Prestasi.  Ammi tak dapat nak jumpa 4 mata dengan cikgu.  


Dengar ceritanya keputusan Matematik UPSA sangat teruk.  Bukan saja untuk anak ammi tapi untuk most of the students.  Kalau dalam kelas Khilfi, tak ada sorang pun yang score A walaupun budak yang top 3 dalam batch dia.  

Adakah soalan yang susah atau murid yang kurang fokus?


Lebih kurang 9 lebih ammi check abah dah sampai di sekolah.  

Memandangkan abah yang pergi, jadi ammi confirm memang tak akan ada gambar.  Jadi ammi pun cakap kat group mak-mak.  "Kalau nampak Khilfi ngan abahnya amikkan gambar".  


Hahahahahah...seeeee ada juga sekeping gambar.  Thank you Pandan tolong snapkan gambar pakcik.  Nama budak ni Irfan Danish.  Sebab batch dorang ramai yang Irfan, ramai juga Danish.  Jadi dorang gabungkan jelah nama dia jadi PanDan.  Hahhaha bab buat nickname memang terror ek bebudak asrama ni.

Mujur nama Khilfi ni dia sorang je jadi apa ntah nama gelaran dia.  Tak ada kot.

Hari Ahad ni ada sessi Townhall pulak untuk batch Khilfi.  Nak postmortem sikit keputusan periksa dorang ni.