Ammi tumpang share je ye uolls..

Mana tau ada yang nak anak masuk ke aliran agama. 


🌺REBUTLAH PELUANG INI UNTUK MENJADI GENERASI ULUL ALBAB ‼️‼️‼️🌺

Imtiaz Ulul Albab Melaka

IMTIAZ Ulul Albab Melaka merupakan penanda aras pada masa hadapan bagi melahirkan generasi Al-Quran yang memenuhi keperluan tenaga profesional khususnya dalam bidang sains dan teknologi. IUAM juga dikenali sebagai medium bagi melahirkan lebih ramai para huffaz Al-Quran dan sains dalam kalangan anak-anak di negeri Melaka.

Imtiaz Melaka menggunapakai sistem pendidikan yang berteraskan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) serta gabungan Program Hafazan Al-Quran dan Pembelajaran menggunakan I-Pad (Education 4.0) bagi melahirkan generasi ulul albab yang holistik, inovatif dan berintegriti.

Imtiaz Melaka mempelawa calon-calon yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk mengikuti Sistem Pengajian Imtiaz Melaka yang menawarkan program-program berteraskan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa.


Syarat Kelayakan Pengambilan Pelajar Baharu:

Tingkatan 1

✅ Pemohon mestilah warganegara Malaysia

✅ Terbuka kepada pelajar lelaki sahaja yang lahir pada tahun 2009 

✅ Mendapat minimum 3A 3B dalam Peperiksaan Akhir (Tahun 6) yang dijalankan di sekolah.

✅ 50% keutamaan diberikan kepada anak Negeri Melaka 

✅ Lulus dalam sesi temuduga (Ujian Bertulis, Hafazan, Personaliti dan IQ)

✅ Mempunyai pentaksiran bilik darjah (PBD) Tahun 1- Tahun 6


Program yang ditawarkan:


➡ Program Ulul Albab

➡ Pembelajaran Sains Tulen(KSSM)

➡ Program Tahfiz Al-Quran


Bagaimana mendaftar

Borang permohonan *online* perlu diisi secara dalam talian di laman sesawang:

 http://www.sekmenimtiazmelaka.com 

atau klik pautan di bawah:

https://my09.awfatech.com/immelaka/


Setelah mendaftar

Ibu bapa yang telah mendaftar boleh "join" telegram pengambilan pelajar sesi 2022 menggunakan link dibawah:

https://t.me/+aU-_k5rDzWNlYWM1

Sebarang makluman berkaitan proses temuduga akan disampaikan melalui telegram tersebut.


Hubungi kami SEGERA sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan temuduga.


Untuk makluman lanjut, sila hubungi:

 Jawatankuasa Pengambilan 

📱019-4345252(Cik Fatin) atau 013-5005927 (Ustaz Shahril) / 

📞 06-385 3055 @ 📠 06- 384 3054 atau emelkan pertanyaan ke alamat

📩 admin@imtiazmelaka.com.my


“MENJANA GENERASI ULUL ALBAB”