Pekena cendol dulu

Semalam lepas lunch keluar kejap. Ammi ni nak cari laci jenis yang plastik tu. Pusing-pusing tak jumpa pulak kedai yang jual barangan plastik. Hari Ahad kedai camni memang tutup ke apa?

Dah alang-alang kat area Chow Kit tu makanlah cendol kat situ.  Ammi selalu perasan bila lalu ada kedai cendol.  Selalu pack.  Ni lalu semalam macam eh tak ramai orang..jomlah makan.  Ada nama rupanya kedai ni..Mamam Place @ Jalan Raja Bot.


Ammi order cendol pulut durian.  Bukan main tamak lagi semua ko nak kan.  RM14 harganya.  Oklah harga..ada kedai yang charge sampai RM25.  Durian dia 6 ulas dalam ni.


Kyra & Khilfi order cendol pulut jugak.  Mengikut perangai ammi, asal ada pulut je onnnnn. 

Tapi pulut dia memek.  Dah macam makan nasi lembik pulak.  Pulut yang biru tu..ada yang nampak keras sikit ada yang lembik.  Masak tak sekata gitu.


Ammi ingat ammi sorang je rasa gitu.  Yelah tekak ngan lidah ni kadang-kadang over jugak.  Rupanya si tembam ni pun kata.."kenapa pulut dia tak keras-keras? Rasa dia nyek-nyek" (nak menggambarkan lembik tu)

Takpelah anggap jelah kesilapan teknikal..takkan nak buang pulak kan pulutnya.

Post a Comment

25 Comments

  1. lama tak pekena cendol tapi saya suka cendol biasa atau pulut, cendok durian tu..ahhh tak makan durian heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ammi memang sentiasa nak Cendawan pulut

      Delete
  2. duriannya full daging sangat kak...aku pingin hihihi

    cendol segar buat minum siang siang

    ReplyDelete
  3. omai..puas nya makan, durian dia selambak....emmm
    nampak pulut tu mcm overcooked..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang overcooked. Lembik. Hilang kesedapannya

      Delete
  4. cuaca panas dpt cendol yummyy....jrg order cendol ada pulut sbb suka yg biasa

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Tulah.. Keluarkan duriannya dulu baru reti nak kacau cendol tu. Penuh nau

      Delete
  6. menggodanya yg ada durian tu ammi oi

    ReplyDelete
  7. Harga RM14 dapat 6 ulas durian kira ok lah. Lama tak minum cendol. Dapnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah.. Ingat kot harganya sampai puluh2

      Delete
  8. Replies
    1. Kena cari yang sampai rasanya wak.. Yg ni belum sampai

      Delete
  9. kalau Ammi tak cakap yg tompok biru tu pulut, saya pun tak tahu. tak nampak biji-biji bentuk beras pulut pun 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memek sangat pulut. Nampak mcm sagu pun ada

      Delete
  10. tak gemar sangat makan pulut. Murah jugak ea RM14 je dengan durian banyak ulas macam tu. Memang puas makan

    ReplyDelete
  11. Memang ni minuman kegemaran Etuza masa zaman remaja, apabila bertambah usia..cuba nak elak..

    ReplyDelete
  12. Presentation cendol dia buat orang terasa nak jugak. Ada pulut ada durian sedap betul. kekadang tu mungkin ada kesilapan teknikal masa masak tu. Takpelah, makan mana yang boleh dimakan.

    ReplyDelete
  13. Uish.. banyak juga dia bagi durian tu..

    ReplyDelete