Hari Jumaat adalah hari yang kebiasaannya agak santai di office. Phone kadang-kadang sampai ke petang tak berbunyi. Semua orang dah switch to weekend mode gamaknya.

Dan biasanya Jumaatlah hari yang ammi main game dan pilihan dah tentu di laman Solitaire.org.  Ammi suka main kat sini sebab tak ada iklan (yang ni semak ok kalau ada, kejap-kejap nak skip), tak payah nak download (takdalah orang IT korang sibuk datang delete unwanted program dari PC korangkan).



Biasanya ammi pilih untuk main solitaire klasik.  Ni kira antara solitaire paling basic dari lain-lain jenis yang ada.

Cara bermain Solitaire Klaslik

Matlamat permainan ini adalah untuk menyusun kad ke mengikut turutan dan sut.  Turutan berdasarkan pangkatlah kiranya. Sebagai contoh, kad akan disusun K, Q, J, 10, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, A.  Sut tu apa? Sut tu macam kad yang ada bentuk dan warna.  Biasanya terdapat 2 warna iaitu hitam dan merah. 


Merah
Bentuk Hati 💗
Berlian (Diamond) 🔶

Hitam
Bentuk Spade ♠
Kelab (club) ♣

Nampak mudah?

Tetapi…Beginner biasanya tersekat sebab tak boleh nak susun kad mereka.  Tapi takyah risaulah..zaman-zaman canggih ni pergi je type Solitaire.Org kat search tab tu semua keluar.  Kat situ ada diajar tentang "How to Play" apa-apa game yang kita pilih.  Bukan aja solitaire jenis klasik yang ada.  Jenis-jenis solitaire yang lain pun ada:-

  • Klondike - also known as classic solitaire or simply as solitaire
  • Freecell - game has 4 free cells you can temporarily store cards in
  • Spider - game where you create a royal flush on the tableau to remove the cards from the playing field. play 1, 2 or 4 suits
  • Pyramid - sum pairs of cards to 13, with the king being worth 13
  • Tripeaks - three overlapping pyramids where you can remove cards one above or below the top card on the waste pile

Biasanya ammi suka main yang Pyramid atau Tripeaks.





Pyramid ni cara main dia ialah kena gabungkan kad supaya hasil gabungan jadi 13. Macam mana nak tau pengiraannya.  Senang je.

K = 13
Q + A = 13
J + 2 = 13
10+3 = 13
9 + 4 = 13 .... dan selanjutnya.


Terkantoi disitu sebab strategy salah.  Kalau dapat habiskan semua gabungan card tu barulah kira menang. Ni ada dua gabungan yang tak boleh nak digabungkan.

Selain dari card games kan korang..kat Solitaire.Org ni pun ada game-game lain yang boleh buat korang terleka.  Main kat office waktu rehat jangan sampai terlajak.  Tak berkat nanti gaji tu.

Antara game lain yang ada di Solitaire.Org ni adalah

Card Games
Mahjong Solitaire Tile Games
Hidden Object Games
Match 3 Games
Logic Puzzle Games
Word Games
Fun Arcade Games


Nak mencabar vocabulary...pegi kat Word Games tu.  Dan kat situ ada beberapa lagi pilihan.

Ammi paling suka Letter Scramble ni.  Huruf dia datang terbang-terbang dan silalah type kat keyboard dan tekan "enter" untuk submit.






Leka nau sampai lupa nak snap lepas habis level 3 tu.

Tak suka yang pening-pening nak fikir, yang jenis matchkan 3 tiles tu pun ada.




Ala-ala candy crush dan kawan-kawannya.


Tak perlu nak download, main kat online je.  Yang penting tiada IKLAN