Sotong ke kueh tiow tu?

Cerita kekeliruan ni dah berlaku hampir 3 minggu lepas.

Ammi dan family ke Lulu. Saja jelah orang sibuk dok promote kat blog kata ada branch Lulu yang baru dibuka di Amerin Mall (dan ammi pun baru tau kewujudan mall ni padahal dedekat sangat dengan area rumah).

So, as usual we split. Abah and the boys dengan trolley bahan basah dia (ammi memang surrender bab-bab bahan basah ni) dan Ammi with Kyra ke bahagian bahan kering. Ceritanya abah dah ambil sebungkus mee, abah terlupa nak ambil kueh tiow. Abah pun cakap dengan Khilfi untuk gi ambil kuehteow. Dia pun berjalan dan sambil tu abah meneleklah benda lain.

Dia dah ambil letak dalam trolley, abah tengok nampak macam putih abah pun diam. Tulah, kalau dah rabun tak mengaku memang macam tu.

Masa letak barang kat conveyer belt tu semua takde siapa pun perasan. Dah sampai rumah ammi menyusun barang dengan Kyra, and Ammi tanya Abah sotong secoet ni nak buat menda? Macam lepas kat tekak ammi sorang je.

Abah macam...eh ada sotong ke? Mana ada ambik sotong.

Rupanya, Khilfi ambik sotong instead of kueh tiow..dia ingat itu kueh tiow. Hahhahaha


Ada rupa kueh tiow ke?

Jadinya semalam baru ammi masak sotong ni.  Kalau dibiar dalam bentuk ring ni memang orang lain takyah makanlah.  Memang dapat kat ammi je.  Jadi ammi pun potonglah dia jadi stick.  Mak-mak memang hebat bab olahan ni.



Tadaaaaa.. nak kasi dia meriah tambah je kacang panjang, tomato.  Sebab memang ammi nak kosongkan peti ais pun.  Minggu ni macam minggu yang agak busy dan abah tak sempat nak masak-masak.  Dari sayur-sayur tu membusuk baik kita masak bagi habis.



Inilah rezeki kami semalam.

Plannya untuk buat makan tengahari je sebab sikit nau semua-semua ni.  

Sampai ke malam rupanya ada balance sikit lagi.  Nak makan dengan nasi semata memang tak cukup.  Jadi ammi transform lauk di atas jadi nasi goreng.  Tumis bawang putih dengan minyak bijan, leburkan je semua yang tinggal, pecah telur, masuk nasi dan tuang sos ikan macam rahsia yang Kak Mim ajar tu...siap.

Khilfi kata "lebih sedap dari Gordon Ramsay punya..nanti ammi buat lagi"

Masalahnya bila awak rasa Gordon Ramsay tu masak?.

Dan "nanti ammi buat lagi" tu memang tak boleh janjilah. Sebab bahan leburan dah takde.

Post a Comment

16 Comments

  1. lagi mahal dari harga ikan siakap 3 rasa tu tak mak? hehehe

    ReplyDelete
  2. Sotong pun sotonglah. Janji sekali tgk mcm ketiaw haha. Tapi kejadiannya tetap menyelerakan dan berbaloi

    ReplyDelete
    Replies
    1. maknanya anak bujang tu taulah kueh tiow tu warna putih ye tak?

      Delete
  3. Haha... Jadi mak kena hebat. Banyak benau idea nak bagi semua tak terbuang. Kan.

    ReplyDelete
  4. gelak SA bila ammi cakap bila rasa gordon ramasay tu masak...hahahahaha....aduhai anak...mcm- macam kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ammi pun terkejut macam mana dia kenal gordon ramsay. slalu kakaknya tgk rancangan buat kek..takde pun tgk yg masak2 mcm gordon ni

      Delete
  5. kueh tiow ke, sotong ke.... Janji ending dia masak! Hehehehe

    ReplyDelete
  6. hahahah mmg confuse tgk rupa bentuk dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb jarang beli kueh tiow.. tu yg dia pun confuse kot

      Delete
  7. heheheh sebab putih kan itu yang dia ingat kuew tiaw hehehehe... bila dah siap sotong tu jadi lauk, menggoda betul lah ammi oi

    ReplyDelete
  8. iye.. mak.. mak memang terror bab olahan ini.. hehehe..

    ReplyDelete
  9. Haha..yakin dia amek kuew teow. Mujur maknya hebat bab olahan ni. Jadilah lauk sedap. Lepas tu dapatlah makan nasi goreng Gordon Ramsay yang sedap. Ehhh...

    ReplyDelete
  10. Nasi goreng campur lebihan masakan memang sedap sampaikan nak repeat tapi mesti rasa dah lainkan. wow gordon ramsay masak sedap ke...tanya je

    ReplyDelete