Geng Sedut

Ni cerita agak lama.  Kyra pun belum masuk asrama lagi.

Ammi perap gambar ni dengan harapan gambar yang gelap tu boleh terang...tapi hampa.  Ahakss

Lama dah ammi teringin nak makan kat sini.  Last makan kat sini rasanya 5-6 tahun lepas jugaklah.  Dari sehari ke sehari nak makan tapi sebab kedai ni bukak pukul 9 malam ke atas..jadi nak makan nasi memalam tu macam alahaiiiii.

Tapi haritu Ammi gigihlah juga.  Lepas maghrib terus je gerak dengan harapan kedai dah buka.  Ehhhh memang dah buka.

Cuma agak hampa sebab kari ketam takda.


Tetiba gerimis pulakkan...


Kedai ni tepi jalan je kat Jalan Ipoh-Sentul.  Ada deretan kedai-kedai India, in fact opposite tempat Ammi duduk ni ada kuil.  

Dulu tempat ni kalau datang lewat malam, pukul 11 malam ke atas, bolehlah tengok pakcik-pakcik perut boroi, rambut tak berapa nak lebat dah dok kelek perempuan-perempuan kerja dangdut.  Hiburan waktu makanlah kiranya tu.  Tengok perempuan seksi dengan lelaki tua.

Sekarang ni ntahlah ada lagi ke tidak dangdut tu.  Kalau ada pun macam tak sesuai pulak untuk anak-anak ammi tengok "aksi-aksi" itu.


We ordered 2 bowls of siput sedut masak lemak, 1 bowl kari kaki ayam.  Kaki ayamkan banyak khasiat...ingat tak ammi pernah cakap dulu..


Order juga siakap dan talapia bakar.

Siap tanya akak tu..ni siakap level kayangan ke setinggan?  Ni level gelandangan je dik katanya.


Geng sedut ni..sekali sedut siput, 2 kali sedut air.  Tapi gigih nau makan sampai tebal bibir.


Ehhhh gelaplah gambar..

Sedap sangat ke?
Nak kata sedap sangat tu tidaklah.  Tapi sedaplah jugak.

Nak masak sendiri siput sedut tu memang taklah kan.. ammi tak makan siput sedut jadi jangan ngada-ngada nak  request ammi masak.

Post a Comment

29 Comments

  1. Yang tersurat: "Siput sedut? Nak datang lah..."

    Yang tersirat: "Kelab dangdut? Nak datang lah..."

    Baaahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ek ehhhh..uncle kalau nak gi situ bawak aunty ye..

      Delete
  2. Tempat makan yang ada kisahnya tersendiri. Pandai pulak dia menyedut ye. Best kalau tempat makan ada seafood menu bakar bakar dan masakan lain. Kira puas hati lah makan kat sini. Harapnya taklah ada aksi aksi begitu zaman sekarang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia baru belajar menyedut tu Fiza. Tulah kalau ada mau si Khilfi tu tutup mata. Sekarang boleh tahan jadi Pak Ustaz dia tu..

      Delete
  3. Mak kata siput sedut sedap. Tapi Fiza still tak reti makan. 🤭

    ReplyDelete
  4. jln Ipoh-Sentul..kwsn ahkak tu..hehe...takleh nak cam kat mana..

    kaki ayam feveret tu...kelab dangdut mawar biru..hehe..

    ReplyDelete
  5. Dulu makanlah siput sedut ni. Tapi sekarang entah kenapa tak boleh nak menerima😅.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti ada cerita disebalik ni..cuba cerita

      Delete
  6. Tak berapa nak reti makan siput sedut ni, sesekali bedal jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. ammi nak letak kat bibir pun tak lepas.. meremang rasa

      Delete
  7. musim hujan2 ni byk gerai jual siput sedut dibuka di tepi jalan di Kelantan ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. uihhh kalau nampak kat si kecik ni mesti sibuk suruh abahnya beli

      Delete
  8. rare betul ada kedai memalam jual masak lemak siput sedut ammi, kalau siang tu biasa lah kan menu lauk tengahari..
    sedapnya kaki ayam tu, nampak lembut je rupanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul tu..rare menu siput sedut mlm2 hehe..kalo mlm gini kena guna flash la br nmpk menu lebih jelas hehe

      Delete
    2. mmg lembut Dana kaki ayamnya..

      Amy,
      malu pulak nak berflash memalam...kang meja ammi jadi tumpuan pulaks.

      Delete
  9. Terliur tengok menu yang terhidang :)

    ReplyDelete
  10. Ada cerita sebalik tempat makan, sedap siput sedut, kalau pedas terpaksa berhenti. Pandai anak Ammi makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pedas tapi dia continue juga.. janji dia puas hati.

      Delete
  11. Siput sedut ni ramai peminatnya..Harga pun boleh tahan sekarang ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama dah abahnya tak beli dan masak kat rumah..
      memang itu bahagian dia dari A-Z la kalau dia beli

      Delete
  12. siput sedut memang sedap. nak masaknya aja leceh sikit. kalau ikut sop kelab dangdut tak boleh bukak

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooooo belum boleh bukak lagi ye. patutlah suci murni je kawasan tu sekarang

      Delete
  13. Terus terasa nak makan siput sedut...dapnyaaa...lama dah x menyedut ni...kalau nak masak kena ada geng menyedut

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlah ajak si Ozil ni nyedut sama..dia tengah belajar nyedut tu. Kadang-kadang 1 siput 10 minit gak dia cuba nyedut

      Delete
  14. ape name tmpt ni kak.. mcm best jer ikan siakap level gelandangan tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cari je "kari kaki ayam depan dangdut jalan ipoh".
      apa nama kedai ni pun ammi taktau

      Delete