Rombongan pagi

Balik kerja semalam Ammi ke Seremban naik bus je. Pukul 5 dah sampai Seremban.

Pagi tadi bersarapan di kedai abang saudara ammi kat area rumah ni je. Lama dah tak ke kedainya.  Yelah dengan PKP 1.0 sampai 3.0...dengan takut nak makan luarnya lagi.


7.30 pagi tengah-tengah mengaji tu Abah laparlah pulak. Nak masak memang takde apa kan kat rumah arwah Mama. 

Berjalan jelah kami. Si kecik Arjuna pun ada.. Memang hiburan abah ammi la budak kecik ni. Banyak mulut. Sepanjang jalan tu tak berhenti bercakap. 


Memang kena tinggal belakang ammi ni. Sampai hati si baju maroon di depan tu. Dapat pegang tangan dak Juna.. tangan bini dilupa terus. 


Tu dia.. Mee hailam di pagi hari. Berasap2. 


Pagi-pagi dah penuh kedai abg Udin ni.. Kalau ammi keluar 8 lebih rasanya memang pack lah kedai. 


Ammi punya.. Mee bandung. Lepas rindu.
Dulu kalau makan mesti share ngan arwah mama sbb portion besar. 


Tengah makan boleh pulak budak kecik ni buat episod sedih. 

"Muma selalu pegi sini. Muma duduk sini" sambil tunjuk kerusi sebelah dia. 

Allah.. Umur dia belum masuk 5 tahun.. 4 tahun tapi dia ingat macam-macam. 

Sebelum tu.. masa ammi pakai kan dia baju dan bedak... dia pandang muka ammi pastu cakap "muka Ummi macam muka Muma". 

Allah...pagi-pagi merembes air mata ammi tau. 

Juna memang tak panggil Ammi.. Dia panggil ammi Ummi.

Dah takyah sedih melampau. Mati itu pasti. Jom balik.


Dah macam 3 orang bonzer pulak berjalan kat depan. Tembam2 semuanya hahaha

Post a Comment

24 Comments

  1. Alalala... majok la pulak tak pegang tangan bini... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Halahhhh..mentang-mentang dia jumpa kita hari-hari kan

      Delete
  2. Al-Fatihah buat mama Ammi.

    Last picture comel je..semua tangan sama je buat gaya camtu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah..gaya org tembam berjalan. gitulah

      Delete
  3. rindu dia kat tok nek dia buat yg mendengar bertambah rindu dan sendu la kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye dia rindu sangat..dia yg paling bongsu dan memang setiap hari arwah Muma yang jaga

      Delete
  4. Ammi kat seremban ye. Seremban mandom je dua tiga hari ni, redup je haa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat seremban sampai tengahari Sabtu je..pastu ke Melaka pulak

      Delete
  5. Mcm geng racing hehe.. depan tu enjen turbo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah makan kan..laju jelah.
      mak kat belakang terkial-kial nak snap gambar

      Delete
  6. Kesiannya...mesti dia rapat ngan arwah...alfatihah buat mama....

    ReplyDelete
    Replies
    1. rapat sangat SA.. mmg setiap hari kat rumah arwah mama sbb mama yg jaga dia

      Delete
  7. Senang kedai dekat dengan rumah. Jalan kaki je. Area mana tu ammi? macam sedap pulak nampak mi bandung tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kedai kat Taman Temiang Jaya Fiza... Restoran D'Nors namanya.
      Dulu bukan memalam jugak..sekarang ni tak pastilah malam ada ke tidak

      Delete
    2. ohh..okay. macam kurang familiar area situ. Aim soto/mi kari tu. hehe..terima kasih share :) ada rezeki boleh singgah sana.

      Delete
  8. salam singgah. Allah. bestnya dapat jalan - jalan pagi kan dengan famili. huhuhu. mee hailam and mee bandung tu. berasapnya.
    mesti sedap.

    ReplyDelete
  9. Ala sedih la pulak pagi-pagi ni baca. Arwah nenek memang rapat dengan cucu-cucu, patutlah mereka rindu. Alfatihah untuk ibu kak Ammi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dia sebut muka ammi macam arwah mama lagilah sedih.. patutlah dia pandang muka ammi kejap-kejap.

      Delete
  10. mee bandung untuk sarapan... sedap tu... selalu ke Muar ade la sarapan mee bandung

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat kl pun ada..tp kena pandai carilah. takmolah mee bandung pesen letak sos semata takde kacang tumbuk baai

      Delete
  11. Terliur pula tengok mee bandung Ammi

    ReplyDelete
  12. Al fatihah buat mama ammi. Rindu agaknya tu.

    ReplyDelete
  13. mee hailam dan mee bandung tu aduhai sedapnyaa

    ReplyDelete