Ammi share ni untuk panduan kita semua.  Ammi copy and paste je tau sebab ammi nampak di Facebook and Ammi ada amend di dua tiga tempat berdasarkan pengalaman ammi baru-baru ni.

*************************

(Credit to Google)


Rupanya Ada Lebih 8 tempat tuntut Khairat Kematian. Rugi Kalau Anda Tak Ambil Tahu !

Tahu tak, ramai waris tak tuntut khairat kematian sebab tak pernah ambik tahu.  Akhirnya duit burn macam tu je.  Ada yang total hampir RM10k. Rugikan !

Jadi, lepas tahu ni pastikan anda bagitau dekat pasangan & anak-anak supaya mereka boleh tuntut jika berlaku sesuatu pada anda.

Urmm, dah dapat duit tu nanti nak buat apa?

Disebabkan khairat kematian TIDAK dikira sebagai harta pusaka maka terserahlah pada budi bicara waris-waris.  Nak guna buat bayar hutang, kenduri tahlil, sedekah atau lain-lain terserah pada waris asalkan untuk tujuan yang baik.  Tapi pastikan guna dulu untuk tujuan utama khairat ni dibuat iaitu untuk urusan jenazah. Segala kos pengurusan jenazah guna duit ni. Jika ada waris dahulukan duit mereka, boleh ganti semula. (mengikut budi bicara waris2)

Sini saya kongsikan 8 tempat tuntutan. Pastikan anda baca satu persatu ya. Boleh detect tempat mana waris boleh tuju nanti.

8 Tempat Tuntutan Khairat Kematian


1. Khairat Kematian KHAIRIAH MASJID
▪Sekitar Rm 500 - Rm 5,000
▪Syarat: si mati menjadi ahli/mencarum di khariah


2. Khairat Kematian PERKESO
▪RM 2,000
▪Syarat: si mati menjadi ahli/pernah ada sejarah mencarum PERKESO

Tambahan dari Ammi:  Sekiranya simati berusia lebih 60 dan tidak lagi mencarum..maka warisnya telah tidak layak untuk memohon.  


3. Khairat Kematian KWSP
▪RM 2,500
▪Syarat: si mati ahli/pencarum KWSP

Tambahan dari Ammi:  Sekiranya simati berusia lebih 60 dan tidak lagi mencarum..maka warisnya telah tidak layak untuk memohon.  


4. Bantuan Mengurus Jenazah JPA
▪RM 3,000
▪Syarat: si mati Pesara/Kakitangan Awam

Tambahan dari Ammi:  Yang ni ammi baru isi form untuk kematian ibu, anakguam Ammi.  Isi borang, scan & hantar email.  Simple.


5. Khairat Kematian BANK RAKYAT
▪RM 3000
▪Syarat: si mati ada akaun Bank Rakyat, hanya untuk pemegang akaun saham dan akaun kredit sahaja


6. Khairat Kematian ASNB
▪RM 200 - RM 2,000
▪Syarat: bayaran ikut baki pelaburan terakhir si mati


7. Khairat Kematian PERSATUAN BERDAFTAR /NGO /KOPERASI
▪RM 500 - RM 5,000
▪Syarat: si mati adalah ahli berbayar Persatuan/NGO/Koperasi


8. Khairat Kematian PENCEN
▪RM3000


▪Mereka yang segerakan proses tuntutan pusaka biasanya akan diberitahu jika ada khairat kematian. Waktu nak urus, perlu jumpa pegawai, jadi waktu tu biasa pegawai akan beritahu jika mereka ada sediakan khairat kematian.


Dan periksa jugalah dengan syarikat, jabatan pasangan sekiranya waris boleh menuntut khairat kematian.  Pada yang mampu mungkin tak jadi masalah.  Tapi pada yang memang kehilangan sumber pendapatan akibat kematian pasangan..walaupun RM1000 tapi sangat membantu.

Macam mana nak tuntut?


  • Bawa sijil mati, sijil nikah, pengenalan diri di tempat yang berkenaan. Seeloknya mohon sebaik sahaja berlaku kematian. Jangan ditangguh.

  • Nasihat saya, lps ni, jika takde akaun bank rakyat, sila buka akaun bank tersebut. Insya allah ada manfaat. Bank ini adalah satu-satunya bank yg ada khairat kematian.

  • Yg bekerja sendiri, yg tak carum dlm KWSP dan PERKESO, sila carum secara sukarela.  Pergilah hadap pegawai KWSP dan PERKESO, tanya prosedurnya. Sangat-sangat membantu dgn bantuan.

Biarkan waris kita menangis krn kehilangan kita, jgn waris kita menangis krn terbeban krn kehilangan kita...


Kredit:  Dakwah Tabligh


Kredit: 
Suhaimi Zarman FWD Takaful
Free quotation klik http://60186651186.wasap.my/
Ejen Takaful Anda