Jumaat minggu lepas dalam pukul 6pm gitu ammi keluar rumah menghala ke Bangi. Ammi tak tau pun adik-beradik abah ada buat makan-makan kat situ. Yelah dorang bincang dalam grup adik beradik, pastu adik beradik dorang yang kahwin ngan ammi ni pun ingat ammi ni ada telephaty agaknya. Langsung tak dikabarnya kat ammi.
Antara makanan yang ada.
Kisahnya dorang ni berkumpul kat rumah persinggahan kaklang sebab esoknya (Sabtu) ada anak buah kitorang yang bernikah & sanding di Cyberjaya. Ammi & Abah awal-awal dah kata nak tidur di rumah sendiri sebab Cyber dengan Seremban takdelah jauh mana pun kan.
Dan nama pun rumah persinggahan mmg kosong jelah rumahnya. Weekend kadang-kadang anaknya yang di UM tu balik tidur sini. Hari kuliah biasanya dia tidur jelah dedekat dengan kampus sebab malas nak hadap jam dari Bangi ke UM tu.
Sebanyak-banyak lauk tu tapi ammi tak jamah pun sebab ammi dah commit dengan benda alah ni. Last ammi punya makan hari Jumaat tu adalah pukul 5.45 petang which is buah je. Pastu ammi minum air bancuhan epsom salt ni. Pukul 6pm dan 8pm. Lagi 2 trip esok paginya. Kental Sharmila kental!
Ini bukan tipu-tipu menyedapkan hati, tapi serius, minum air garam yang pahit ni tak rasa lapar pun perut ni walaupun next ammi makan adalah esoknya (which is Sabtu) pukul 10 pagi.
Esoknya lepas ammi siapkan lauk ammi, ktia geraklah ke Cyberjaya.
Pengantin yang diraikan. Aiman dan Firzanah. Aiman ni anak buah ammi yang kerja di Sabah. Jodohnya orang Taiping yang dah bekerja di Cyberjaya. Makin sihat dia ni sejak duduk di Sabah. Tinggi tau si Aiman ni, adalah sama tinggi macam Abah dan dia besar. Sila jangan membesar lagi Aiman!
Eh ada juga gambar kami. Ha bukti gi majlis orang bawak bekalan sendiri. Kita makan bubur je. Tema belah lelaki adalah grey jadi kita repeatlah pakai semula baju masa majlis Yana haritu.
Pastu ada adik ipar sorang cakap, kita fix la tema anak-anak buah pakai grey je...ini jelah satu-satu tema warna yang semua orang mengikut tema (kecuali MakNgah).
Si Miqa ni pulak sibuk "kakak Saffiya, kakak Saffiya". Eh nampaknya dia sorang je panggil Kyra dengan nama Saffiya ni. Kyra dok soal dia math. Math yang susah eh kengkawan contoh macam 24*3 pastu dia dapat jawapan kita darabkan jawapan tu dengan nombor lain pulak. Ehhhhhh dia boleh jawab korang. Kyra yang soal tu pun dah mencongak-congak tangan dia cari jawapan hahaha dan budak kecik darjah 1 ni dapat jawapan dulu.
Masalahnya jawapan dia bagi siap ada perpuluhan lagi dan memang betullah. Kyra siap goncang2kan lah badan dia cakap "ehhhh ko ni apa ha"? Bijak nau dia.
Yang bestnya kita tanyalah pasal sains dan bila sampai kat topic gigi dia cakap "i lost my 2 front teeth (siap tunjuklah gigi kapak dia yang baru tumbuh tu) and these 2 are permanent. Am in an adult now?". Hahhaha ko tak menyempat-nyempat nak jadi adult ye Miqa?
Kalau speaking bukan main laju lagi tapi kalau kita cakap Melayu dengan dia, sepatah-sepatah dia cuba susun ayat. Masalahnya dia sorang je gini dalam adik-beradik dia yang 4 orang tu. Yang lain tu elok je cakap Melayu. Adakah ini masalah anak no. 2? Ahaksss.
Family photo tapi family ammi dah balik.
Majlis buat untuk 2 belah sekali, jadi ammi ni rasa serabut sangat sebab ramai nau orang. Ammi ingat ammi je serabut, abah pun sama serabut. Mujur ada juga alasan ammi sakit perut sebab memang ammi adalah 3-4 kali juga mencari tandas sebab masih ada efek minum air garam tu.
Sampai je Seremban sekitar jam 3pm, ammi mandi-mandi, solat dan tidur. Ayat coach tu adalah "tidur awal sewaktu detox" masalahnya tak sempat malam ammi rasa penat sangat.
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
0 comments