Makan Apa di Pejabat (8)

Eh macam lama je tak letak gambar makanan yang ammi makan kat office.  Kadang-kadang tak snap pun gambar sebab sama je menu ammi biasanya.

Ini kira makanan yang ammi makan week before ammi start my diet programme journey.  Ammi join satu program diet untuk tempoh 3 bulan (guna coach yang sama macam MZ, sebab biasalah kita mana boleh orang bercerita.  Dia tak meracun pun kita boleh teracun 😆).  Kita tengoklah macam mana perginya.  Takut tak terfollow dan kena remove je dari group sebab kita ni pun boleh tahan kepala batu.


Makan salad & tuna chunk.  Beli tuna yang dalam tin tu je.




Sama je menu Selasa & Khamis.  Grilled chicken, with salad and boiled potato.  Letak juga pes cili padi yang ammi buat tu sebab taknak pakai sauce or greek yogurt.


Masih chicken salad tapi kalini kita campurlah greek yogurt & pes cili sikit.  Perut pun jadi keliru, dia ni nak makan salad ke, nak makan cili ke, nak makan yogurt ke?  


Ammi baru perasan kat block office ammi ni dah ada mini mart, jadi kita masuklah buat "site visit".  Takkan visit je, kita sentuh-sentuhlah kat bank kat mesin dia sikit dan bawak balik sekotak air Dutchlady Tealive Matcha ni.  Matchanya sangat mild gitu.

Baru 3 hari ammi mula diet programme, semoga ammi istiqomah mengikut arahan pemakanan.  Coach dah bagi meal plan, dan recipe sesiap.  Kita follow je rapat-rapat.  

0 comments